Siakap Keli
sekatan aset bank rusia
Gambar: STRINGER / AFP

Akses Makanan Makin Sukar, EU Rancang Tarik Sekatan Ke Atas Aset Beberapa Bank Rusia

Akses Makanan Makin Sukar, EU Rancang Tarik Sekatan Ke Atas Aset Beberapa Bank Rusia

Kesatuan Eropah dilapor bersedia untuk memberikan beberapa pengecualian terhadap pakej sekatan ketat yang dikenakan ke atas Moscow bagi membolehkan sekatan ke atas aset-aset dimiliki Bank Russia yang terlibat dengan perdagangan makanan dan baja ditarik semula, dalam satu dokumen seperti dilaporkan AFP.

Negara-negara anggota “ingin memperlihatkan bahawa tiada apa-apa perkara di dalam sekatan itu yang memperlahankan pergerakan keluar bijirin dari Russia mahupun Ukraine,” kata Diplomat EU kepada AFP.

Cadangan tersebut adalah sebahagian daripada rundingan yang sedang dibincangkan oleh negara anggota. Ia bagaimanapun memerlukan persetujuan sebulat suara negara anggota untuk dilaksanakan.

Perintah itu akan tersedia untuk bank yang telah di senarai hitamkan oleh EU, dan mengikut rancangan dalam draf, ”dana atau sumber ekonomi sedemikian adalah perlu untuk pembelian, import atau pengangkutan produk pertanian dan makanan, termasuk gandum dan baja”.

Brussel dimana terletaknya ibupejabat EU juga ingin menentang dakwaan Moscow bahawa sekatan Barat dan bukannya pencerobohan Ukraine oleh Rusia yang menyebabkan krisis makanan global. Seorang diplomat EU berkata pengecualian berkenaan makanan adalah dibenarkan.

Penghantaran merentasi Laut Hitam disekat oleh kedua-dua pihak bertelagah, sama ada kapal perang Rusia yang membuat sekatan serta ancaman periuk api yang dipasang Ukraine. Kekurangan makanan telah meningkatkan risiko kebuluran bagi berpuluh juta orang di negara miskin, terutamanya Afrika.

Para pemimpin telah membuat aduan kepada EU tentang sekatan tersebut. Amerika Syarikat berkata minggu lalu bahawa ia tidak akan menghalang penjualan peralatan perladangan kepada Rusia mahupun melarang perdagangan komoditi pertanian seperti baja.

Sejak Februari, apabila Russia menyerang Ukraine, EU telah menggunakan enam siri pakej sekatan terhadap Moscow termasuk terbaharu yang bertujuan menutup beberapa kelemahan.

Sekatan terbaharu EU juga menyasarkan eksport emas Russia untuk memenuhi keputusan yang dipersetujui oleh kebanyakan dunia negara perindustrian pada mesyuarat G7 pada Jun lalu.

EU dijangka membuat keputusan mengenai langkah-langkah tersebut pada mesyuarat pagi Rabu hari ini. Pengumuman akan dibuat pada hari ini juga atau pada hari Khamis.

Perdana Menteri Hungary Viktor Orban, anggota EU yang paling rapat dengan Rusia, pada minggu lalu menyelar dasar sekatan EU dan mendakwa mereka sebenarnya ‘sedang melemaskan paru-paru sendiri berbanding Rusia’.

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.