Siakap Keli
Varian BA.2.75 Kini Dikesan Di Thailand
Gambar Via Bernama

COVID-19: Varian BA.2.75 Kini Dikesan Di Thailand

BANGKOK, 20 Julai (Bernama) — Kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75 telah dikesan di wilayah Trang, Thailand.

Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi memaklumkan sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun.

“Analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75,” menurut pusat perubatan itu dalam satu kenyataan.

Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai Centaurus pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand.

Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan oleh vaksin.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.