Siakap Keli
suami beria nak ke korea

Isteri Pelik Suami Beria Nak Ke Korea Sampai 5 Hari, Rupa-Rupanya ‘Berteman’

Wanita ini kongsi kisah pelik suami beria nak ke Korea sampai lima hari dan rupa-rupanya dapat tahu ada yang ‘meneman’

Sekarang ini boleh dikatakan ramai yang sedang merancang semula percutian ke luar negara untuk ‘menebus’ waktu yang telah ‘hilang’ hampir tiga tahun lalu.

Tak dinafikan bahawa melancong ke luar negara sememangnya best sebab boleh tengok situasi dan ragam orang lain, selain dapat rasakan perbezaan budaya.

Tambahan lagi jika dapat ‘meneroka’ pelbagai lokasi-lokasi yang menarik.

Namun kalau pergi melancong tanpa sebab yang diberikan, ia boleh mendatangkan persoalan dan syak wasangka, terutamanya bagi suami isteri.

Seperti yang dialami oleh seorang wanita yang pelik dengan perangai suaminya yang hendak ke Korea.

Dua tiga hari ni asyik cakap nak pergi Korea ja, bila tanya urusan kerja ke, dia tak jawab pula. Dah la sampai lima hari nak ‘stay’ sana,” katanya.

Bila macam tu, isteri mana yang tak pelik kan bila suami tiba-tiba nak ke Korea tapi bukan untuk urusan kerja. Sudah tentulah akan timbul syak wasangka.

Tapi bila siasat punya siasat, rupanya beria nak pergi ke Korea sebab ada yang ‘berteman’.

Bukan calang-calang, pergi Korea ditemani artis

Nak lagi overthinking bila dia kata yang dia akan ditemani dengan artis tempatan untuk pergi Korea tu.

Dah kenapa pula nak artis teman bagai? Baru nak marah, lepas tu baru dia ceritakan hal yang sebenar.

Lega bila dapat tahu rupa-rupanya ada peraduan yang diumumkan oleh Viu yang akan menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan. Bila dikatakan pasangan, maknanya si isteri pun akan pergi bersama lah. Si suami pun boleh pula mengusik isteri macam tu nasib tak sempat kemas beg baju nak balik rumah mak dia lagi.

Tambah syok peraduan ini adalah khas untuk mereka yang mengikuti perkembangan siri Viu Original paling popular, She Was Pretty Malaysia.

Bagi dua pasangan yang bertuah, mereka akan ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle, Alvin Chong, dan YouTuber popular dari Korea, Blimey. Apa macam? Hebat bukan?

Macam mana caranya nak menang?

Mudah saja nak menang peraduan ni, pertama sekali anda kena ikuti Instagram dan TikTok @viuMalaysia dan @BlimeyToYou.

Setelah itu nantikan & lihat perkongsian adegan terpilih dari She Was Pretty setiap minggu.

Bila sudah ‘mengkaji’ adegan tersebut, anda perlu memuat naik video lakonan semula atau parodi di akaun Instagram dan TikTok anda dengan hashtag #SheWasPrettyMalaysia, #SheWasPrettyContest dan tag @ViuMalaysia serta @Blimeytoyou.

suami beria nak ke korea

Dapatkan dan isi borang peraduan disini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda beserta slogan ‘Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana…’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Arahan-arahan ini boleh didapati daripada Instagram Story Viu Malaysia di sini https://www.instagram.com/stories/highlights

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang.

Untuk pengetahuan, peraduan ini akan berlangsung dari 30 Jun hingga 28 Julai. Jadi bagi yang berangan-angan untuk ke Korea, inilah masanya untuk anda ‘beraksi’.

Melawat Set Penggambaran K-Drama

Manakan tidak, anda akan berpeluang untuk travel bersama Alvin, Diana dan Blimey selama lima hari empat malam dan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti melawat set-set K-drama di sana.

Tidak cuma itu anda juga dapat melawat pelbagai tempat popular yang menjadi tarikan orang ramai.

Menariknya, semua perbelanjaan ke sana akan ditanggung oleh pihak Viu. Justeru inilah peluang untuk ke Korea bersama pelakon kegemaran anda.

Jangan terlepas pula siri ini pada setiap minggu. Mana tahu kalau-kalau nasib anda sangat baik dapat ke Korea Selatan.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play Store, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.