Siakap Keli
dapat hadiah kambing
Gambar Via armanmultimedia.id

Terpaksa ‘Tambat’ Atas Pelamin, Tular Pengantin Dapat Hadiah Kambing Siap Bersolek Lagi

Majlis perkahwinan di Indonesia tular, pengantin dapat hadiah kambing daripada rakan-rakan

Perkahwinan sememangnya akan menjadi hari yang paling bahagia untuk pasangan pengantin terutama apabila terdapat pelbagai peristiwa yang akan terus ‘melekat’ di dalam memori.

Seperti yang dialami oleh pengantin lelaki di Indonesia ini yang dipercayai telah mendapat hadiah berupa seekor kambing daripada rakan-rakannya.

Memetik laporan Suara.com, video yang memaparkan peristiwa tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang dipercayai rakan kepada pengantin ‘menyerbu’ majlis itu dan membuat kecoh dengan membawa kambing tersebut.

@armanmultimedia.id

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kambing itu kelihatan disolek dan dirias dengan ‘pakaian’ serta reben biru.

Bukan itu sahaja, ia juga dilihat dikalung dengan gubahan bunga kuning di leher, menjadikan penampilannya lebih luar biasa.

Kehadiran kambing itu membuatkan majlis perkahwinan itu riuh dengan hilaian tawa tetamu.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 2.4 juta kali dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

“Nohh hadiah boleh buat akikah sekali,” tulis seorang netizen.

“Siap disolek lagi kambingnya, mentang-mentang diajak ke kenduri,” kata seorang lagi netizen.

BACA: Seronok Tengok Kambing Tak Ada Masalah, Kisah Lelaki Nekad Jadi Kambing Gara-gara Hidup Tertekan Jadi Manusia

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.