Dipercayai Diberi Makan Dedak Beracun, 100 Ekor Bangkai Burung Merpati Ditemui Terdampar
Kira-kira 100 ekor burung merpati ditemui mati selepas dipercayai memakan dedak yang diberikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Bernama, bangkai burung-burung itu ditemui di Jalan Batu Tiga, Shah Alam hari ini.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, kelihatan bangkai burung-burung tersebut bergelimpangan di atas jalan.
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam termasuk para pekerja kilang gula berhampiran dan bangkai burung itu kemudian dilonggokkan di kawasan berhampiran.
Merpati mati selepas makan dedak #videobernama pic.twitter.com/jl0zwJFigx
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 21, 2022
https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid02w9yVXAbqdYiomP1ncjt8MALkqa1M3c8FVqbqA6QhLi8dSZZUmK8C3qYdybw1GMy3l
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Bernama