Matang Tetapi ‘Garang’, Rupa Civic Type R Serba Baharu Kini Didedahkan
Selepas berbulan-bulan berteka-teki, akhirnya Honda Civic Type R 2023 didedahkan kepada umum. Tidak seperti model-model sebelumnya, kali ini Civic Type R baharu dilancarkan di Amerika dengan pemandu IndyCar, Colton Herta menjadi orang pertama mencubanya.
Setelah sekian lama, warga Amerika di ‘ban’ dari membeli kereta berkenaan, tetapi kali ini Honda membuat kenyataan dengan memilih Los Angeles sebagai lokasi pelancaran.
Type R bersama Si dan model ‘Sport’ dalam keluarga Civic berdiri sebagai kemuncak prestasi Honda. Model 2023 akan menjadi kereta Honda paling berkuasa di Amerika dengan menjanjikan lebih kuasa berbanding sebelum ini.
Walaupun Honda masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kuasa kuda dan nombor torquenya, namun ia dijangka akan mempunyai kuasa yang kebih tinggi daripada model sebelum ini.
Ini bermakna kita akan melihat angka lebih tinggi daripada 306hp dan 295 lb-ft, iaitu kuasa Type R semasa. Turbo empat silinder 2.0 liter yang biasa akan kembali, cuma kali ini akan dipadankan dengan transmisi manual kelajuan Rev. Honda juga tidak merancang untuk menawarkan transmisi automatik dalam Type R.
Kata Honda lagi, Type R yang baru menjanjjkan pengalaman pemanduan yang menarik. Dengan sistem kawalan stering dan suspensi yang dipertingkatkan, pemanduan akan terasa lebih lancar, walaupun para perlu menunggu hingga musim luruh ini untuk mencuba sendiri.
Tetapi dengan lebih kuasa, rangka yang baru dan lebih ringan, lebih ketegapan dan kestabilan pemanduan berkelajuan tinggi yang dipertingkatkan, Type R kali ini mempunyai segala-galanya untuk memberikan pengalaman penggunaan yang mengujakan.
Apa yang lebih penting, Honda juga memastikan Type R yang berdesup dapat dihentikan dengan lancar. Tayar 19 inci dari jenis Michelin Pilot Sport akan memberikan cengkaman yang lebih tajam ketika di selekoh dan pecutan ganas dan berhenti.
Walaupun Honda tidak mendedahkan sebarang spesifikasi sistem breknya, namun dengan angkup Brembo merah yang besar di hadapan, ia akan memastikan brek Type R dapat berfungsi dengan baik.
Dengan badan ‘hatchback’ yang kompak, berkuasa tinggi dan pengendalian yang mantap, Typer R kekal menjadi model paling menyerlah dalam segmen tersebut. Bagaimanapun, ia akan mempunyai lebih banyak saingan. Toyota dengan GR Corolla dan Hyundai Elantra N telah menarik minat pembeli dan Volkswagen Golf R kembali untuk generasi baru.
Ketika GR Corolla dan Golf R dipadankan dengan pacuan empat roda, Civic Type R dan Elantra N pula hanyalah model pacuan roda hadapan sahaja. Tetapi Honda akan terus menonjol dengan kuasanya. Elantra N menghasilkan 276 hp dan GR Corolla mengepam 300hp, dan kami mengjangkakan kuasa Type R adalah antara 307 dan 317 hp. Ini bermakna Golf R masih lagi menjadi yang paling berkuasa dalam segmen jenis ini.
Walaupun bilangan kuasa nya tidak meningkat banyak, masih terdapat banyak ciri baharu bagi kereta ini. Generasi yang sekarang akan menjadi antara kereta idaman pilihan di pasaran.
‘Design’ yang lebih matang
Civic generasi ke-11 mendapat penggayaan lebih matang dan Civic Type R mempunyai ciri perbezaan untuk memberikan kelainan kepada kereta yang lain. Model baru ini akan lebih menarik mereka yang menganggap reka bentuk sebelum ini keterlaluan. Type R baru lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah daripada model luar dan setiap elemen aerodinamik ada sebabnya tertentu.
Dari depan, kemasan ‘honeycomb’ grill menjadikan Type R kelihatan lebih menarik. Elemen sporty pada fascia lebih menyerlah. Petunjuk dinamik lain termasuklah laluan udara pada hud dan dibelakang roda hadapan. Untuk membezakannya lagi adalah logo Honda merah dan lencana Type R pada grill.
Dari sisi, perincian skirt tepinya membantu pengalihan udara untuk lebih aerodinamik. Tidak seperti Civic lain, separuh pintu belakang mengembang keluar memberikan Type R lebih lebar. Bahagian belakang merupakan sudut terbaik dengan sayap besar yang dan direka bentuk semula untuk menempatkan sistem ekzos tiga pusingan.
Terdapat lima pilihan jenis warna, Rally Red, Racing Blue Pearl, Crystal Black Pearl, Sonic Grey Pearl dan Historic Championship White. Putih merupakan warna ekslusif untuk Type R.
Tempat duduk berwarna merah dan lapik kaki juga warna yang sama. Dua elemen ini masih dikekalkan untuk Type R. Selesa dan tempat duduk seperti suede dapat memastikan pemandu dan penumpang hadapan terasa kemas apabila memandu. ‘Badge’ Type R bernombor kini diletakkan pada pemuka penumpang.
Mod pemanduan +R yang baru akan menunjukkan paparan grafik eksklusif dengan rpm enjin, lampu penunjuk dan penunjuk kedudukan gear dipaparkan di bahagian atas. Manakala paparan bawah akan mempunyai maklumat lain yang boleh diselaras. Jam untuk merakam masa pusingan dan keupayaan berkongsi video pemanduan turut disertakan dalam sistem infotainmen kali ini.
Selebihnya, kabin terasa biasa dan sama sahaja seperti Civic yang lama. ‘Grill honeycomb’ mengembang merentasi papan pemuka dan menempatkan ruaang pengaliran udara. Kawalan HVAC lampu belakang untuk gaya yang lebih mewah dan instrumen digital yang standard. Seperti Civic Hatchback, Type R datang dengan skrin sentuh 9 inci dengan tetapan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta tiga USB port.
Untuk mengetahui sama ada berbaloi atau tidak Type R kita perlu tunggu hari pelancarannya nanti. Daripada apa yang ditampilkan, nampaknya Honda menjanjikan pengalaman pemanduan yang mendebarkan. Honda Civic Type R 2023 akan mula dijual pada musim luruh ini. Walaupun Honda tidak menyebut harga, harganya dijangka bermula daripada RM 174,000.
Sumber: Motortrend