Anak Sulung Rasa Terseksa Bila Mak Ayah Buat 7 Perkara Ini
Anak merupakan satu kurniaan tuhan yang paling berharga. Setiap anak yang lahir membawa rezeki yang pelbagai dalam keluarga. Begitu juga perwatakan setiap anak juga berbeza, jadi kita sebagai mak ayah tidak harus membandingkan anak-anak kita.
Ada anak yang cenderung dalam bidang kesenian. Kita sebagai mak ayah perlu menyokong minat anak-anak kita dari awal lagi agar mereka dapat membentuk dan memupuk lagi minat mereka.
Kelahiran anak sulung merupakan satu pengalaman baru bagi kita. Kehadiran anak yang pertama ini akan memberi banyak pengajaran baru kepada mak dan ayah.
Begitulah perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor, Dr. Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, khususnya dalam membesarkan anak-anak. Salah satunya adalah mengenai bagaimana ibu bapa mahu berinteraksi dengan anak sulung setiap hari.
Jika tidak kena dengan caranya, mungkin ada impak negatif kepada anak sulung akibat kesilapan ibu bapa yang tidak disedari.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengelak dari melakukan 7 perkara ini terhadap sulung: