Beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada malam ini didapati dinaiki banjir akibat cuaca hujan yang turun sejak beberapa jam yang lalu.
Merujuk perkongsian di laman Facebook Negeri Sembilan Kini, terdapat beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di negeri tersebut sudah terjejas.
Laporan demi laporan dimuat naik menerusi laman Facebook berkenaan bermula kira-kira pukul 10:15 malam tadi.
Difahamkan, antara kawasan terjejas ialah Rahang Kecil, Ampangan, Rasah, Rantau dan beberapa kampung di sekitar Seremban.
Berikut di bawah adalah foto-foto dan video kawasan terjejas banjir yang dimuat naik di Negeri Sembilan Kini.

Lokasi: Rahang Kecil, Seremban

Lokasi: Kampung Ismail, Ampangan

Lokasi: Kampung Chedang, Seremban

Lokasi: Blok C, Ampangan
Lokasi: Rahang Kecil, Seremban

Lokasi: Jambatan Kuala Sawah, Rantau
Lokasi: Kampung Dato Mansor, Rasah
Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia
Sementara itu, merujuk data ramalan cuaca terkini Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada 10:40 malam tadi, beberapa negeri dan kawasan dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 2 pagi nanti.
Di Negeri Sembilan khususnya, kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.
Sementara itu, beberapa negeri dan kawasan di zon utara Semenanjung Malaysia juga turut dijangka dilanda cuaca berkenaan iaitu Kedah (Kuala Muda dan Kulim); Pulau Pinang (seluruh negeri) dan Perak (Batang Padang dan Muallim).
Bagi zon Pantai Timur pula, hanya Pahang sahaja yang terlibat, melibatkan sebahagian kawasan iaitu Lipis, Raub dan Bentong.
Dalam pada itu, zon tengah iaitu Lembah Klang mencatatkan ramalan cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda sehingga ke seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.
Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak juga dijangka terlibat iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/MmAjMxxro6
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) July 22, 2022
Sumber: FB Negeri Sembilan Kini