Kaki Pancing Puas, Berjaya Tumpaskan Toman “Monster” Sungai Kedah Berat Lebih 8kg
Ikan Toman seberat 18lbs bersamaan 8.16 kilogram berjaya ditumpaskan oleh seorang kaki pancing di Sungai Kedah.
Kaki pancing bernama Ariff yang berusia 25 tahun ini berkata hobi memancing pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Bagaimanapun, hobi tersebut menjadi lebih serius pada tahun 2017 lalu.
Malah, katanya lagi, keterujaan ketika berjaya mendaratkan ikan ke darat sangat menyeronokkan dan tidak dapat digambarkan dengan kata. Oleh itu, jika ada kesempatan, dirinya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk turun ke sungai, mengejar ‘penghuni-penghuni’ dasar sungai di sana untuk ditumbangkan.
“Ikan yang ditangkap saya akan lepaskan semula kedalam sungai,” kata Ariff lagi.
Ariff turut memaklumkan bahawa berdasarkan pengetahuannya, Sungai Kedah memang dihuni ikan toman pelbagai saiz dan ada diantaranya bersaiz induk.
“Saiz induk Toman macam tu memang dicari-cari orang, Toman sungai kekuatan tarikan dia lain macam sebab bermain dengan arus air sungai,” sambung Ariff lagi.
Bercerita tentang pengalaman sewaktu menarik ikan raksasa tersebut ke darat, Ariff berkata, perasaan itu memang tidak dapat diluahkan apabila mata kail bberumpan yang dilempar mengena sasaran. Tambahnya lagi, setelah berhempas pulas, hanya pemancing tegar sahaja yang tahu perasaan yang dirasai saat lawan berjaya diangkat ke atas bot atau ke tebing sungai.

Video yang dimuat naik di laman Tiktok miliknya itu mendapat tontonan yang tinggi berikutan saiz ikan yang ditangkapnya. Kata Ariff, video tersebut merupakan kejadian pada awal tahun ini, cuma dia baru berkesempatan untuk berkongsi video tersebut pada hari ini.
@arep_angler Toman Raksasa itu wujud gaissss 😱😱😱 #fishing #gomexus #fypシ #foryoupage #fyp #mamatoman #giantsnakehead #catchandrelease #bigfish
Menjengah ke ruang komen, ramai yang ingin mengetahui berat ikan tersebut dan ada juga yang bertanya lepas ditangkap ikan tersebut akan dibuat apa.
Sumber: Tiktok