Seorang wanita telah ditusuk oleh muncung ikan layar (sailfish) yang tajam pada pangkal pehanya dalam satu kejadian di US baru-baru ini, lapor Metro. Uk.
Wanita berkenaan, Katherine Perkins yang ditikam oleh ikan berkenaan ketika itu sedang berdiri di atas bot yang terletak kira-kira dua batu dari Persisiran Stuard, Florida di US.
Sebelum waktu kejadian, teman-temannya, Louis Toth dan Dominic Bellezza sedang cuba untuk menariknya pada tali pancing semasa haiwan itu tiba-tiba melompat ke dalam bot mereka.

Mereka memberi rawatan awal pada luka Perkins dan membawanya ke Stuart untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, pesara daripada Arnold, Maryland itu memberitahu polis bahawa ia berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat sampaikan dia tidak sempat untuk bertindak apa-apa.
Ikan layar merupakan salah satu spesies ikan terpantas di lautan. Ikan ini juga merupakan salah satu ikan yang paling dikehendaki dalam dunia aktiviti memancing.
Secara umumnya, rupa ikan layar sangat mirip dengan ikan todak (swordfish). Perbezaannya dapat dilihat melalui kepanjangan dan ketajaman muncung ikan tersebut.
Sumber: Metro UK