Kuala Lumpur, 23 Julai 2022 – AFYAA Sdn Bhd mengembangkan lagi barisan produk sedia ada
dengan pelancaran dua siri produk baharu iaitu AFYAA Sahiyya dan AFYAA Aratox dalam usaha
untuk memberi manfaat yang menyeluruh menerusi peningkatan kualiti kesihatan bagi para
penggunanya.
Kedua-dua makanan berfungsi itu masing-masing diformulasi mengikut kaedah saintifik dengan
manfaat serta fungsi yang berbeza dan terbukti membantu menambah baik kesihatan keseluruhan
badan. AFYAA Sahiyya berfungsi untuk membantu melancarkan peredaran darah manakala AFYAA
Aratox pula membantu untuk menambah baik kesihatan usus dengan menyahtoksin bahan
berbahaya di dalam badan.
Pengasas AFYAA, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, “Istimewa produk AFYAA bukan
sahaja terletak pada jenamanya yang dibangunkan di Malaysia. Ramuan-ramuan yang digunakan
juga bertaraf antarabangsa dari negara moden Timur dan Barat sebagai inovasi kreatif syarikat bagi
memantapkan lagi fungsi produk tersebut mengikut kajian saintifik yang dijalankan.
Selain itu, formulasi produk AFYAA semuanya menepati ciri-ciri keselamatan dan penyesuaian bagi
pengguna tempatan agar manfaatnya tidak dikompromi. Dengan trend kesedaran kesihatan yang
semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia, produk AFYAA turut direka khas dengan rasa
yang mesra pengguna dan boleh diterima oleh kebanyakan orang biasa. Oleh itu, saya berasa amat
yakin bahawa produk AFYAA sama ada yang baharu atau dahulu, sentiasa diterima oleh
masyarakat dalam pasaran di Malaysia.”
Program yang berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul ini turut menyaksikan objektif utama
AFYAA yang berhasrat untuk menjadikan syarikat makanan berfungsi itu sebagai pentas utama
dalam menggalakkan orang ramai untuk kekal sihat dengan gaya pemakanan yang baik. Di samping
itu, AFYAA juga mahu orang ramai memanfaatkan makanan kesihatan yang diformulasi secara
saintifik dan menyeluruh dalam usaha menjaga kesihatan masing-masing.
“Kewujudan AFYAA dalam industri makanan berfungsi bukan sahaja menghasilkan produk
kesihatan semata-mata. Kami di sini mempunyai aspirasi yang nyata lebih dari kesihatan iaitu
menjadikan AFYAA sebagai rutin harian setiap pengguna yang berkonsepkan halal sebagai teras
utama. Selain sihat, kami menekankan nilai halal kerana ia merupakan satu tuntutan bagi semua
pengguna yang beragama Islam. Halal juga bersifat universal yang perlu diamalkan oleh setiap
individu kerana perkara yang perlu difahami dalam konsepnya adalah kebersihan dan keyakinan
apabila ingin mengambil sesuatu. Itulah AFYAA,” kata Dr. Sheikh Muszaphar.
Konsep halal turut diseimbangkan lagi dengan sains. Justeru, jenama AFYAA diperkukuhkan lagi
dengan pelantikan Pakar Perunding Kardiologi, Dr. Haizal Haron Kamar yang akan membantu memacu hala tuju syarikat makanan berfungsi itu. Kehadiran beliau akan mengembangkan lagi
pasaran AFYAA di dalam dan luar negara susulan kepakaran perubatan yang digalas dalam
menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan kesihatan menurut pengetahuan sains.
“Dr. Haizal merupakan seorang pakar kardiologi yang baru sahaja kami lantik sebagai perunding di
AFYAA. AFYAA dibangunkan secara menyeluruh dan dinamik, iaitu berlandaskan sains dan halal
bagi mencapai keseimbangan. Apa yang penting, AFYAA akan terus berusaha untuk bangkit
sebagai pemain industri yang menitikberatkan kualiti jenama dari pelbagai sudut,” tambah Dr.
Sheikh Muszaphar lagi.
Selaku Pengasas AFYAA, Dr. Sheikh Muszaphar mengingatkan orang ramai agar sentiasa
memanfaatkan kesihatan yang ada sekarang demi masa depan yang lebih berkualiti. “Saya harap
setiap individu tidak lelah untuk menjaga kesihatan kerana ia merupakan nikmat yang terindah
dalam hidup kita. Sentiasa ingat bahawa kesihatan akan bersama kita sekiranya kita bijak
mengekalkan kualitinya.”