Siakap Keli
cacar air campak
Kredit: Hello Doktor

Cacar Air & Campak: Dua-dua Tumbuh Bintik Merah Pada Badan, Tapi Sama Ke? Ini Bezanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pada masa kanak-kanak dulu, apabila mengalami demam campak, kita akan menerima surat sakit daripada doktor untuk cuti selama dua minggu. Dahulu, kita ingatkan cuti lama itu disebabkan doktor yang sangat baik hati.

Setelah menginjak alam dewasa, kita baru menyedari bahawa cuti yang diberikan bukannya untuk tujuan bersuka ria,  tetapi untuk menjalani kuarantin di rumah. Hal ini kerana, demam campak merupakan salah satu penyakit berjangkit, begitu juga dengan cacar air.

Gambar hiasan | Kredit: Hello Doktor

Cacar air (chicken pox) dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah beza campak dan chicken pox?

Ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini sehingga habis untuk mendapatkan jawapannya:-

Tumbuh bintik merah di badan, ini cacar air atau campak? Begini perbezaannya!

Cacar air bukan campak dan sebaliknya

Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Virus yang berbeza menyebabkan penyakit ini iaitu virus paramyxo bagi demam campak dan virus varicella-zoster (VZV) bagi cacar air.

Namun, cara 2 virus ini tersebar adalah sama iaitu melalui sentuhan langsung atau menghirup udara yang mengandungi virus tersebut.

Beza campak dan chicken pox pada simptomnya

Ruam pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut.

Bagi kes chicken pox, ruam adalah dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal. Ia kebiasaannya bermula di dada, muka dan belakang tetapi boleh merebak ke seluruh badan.

Ia juga menyebabkan badan letih, demam, sakit kepala dan hilang selera makan.

 

Cacar Air (Chicken Pox) | Kredit: Hello Doktor

Campak pula menyebabkan ruam yang selalunya rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke bawah. Campak lebih kerap menyebabkan demam panas, sakit tekak, hidung serta mata berair.

Campak | Kredit: Hello Doktor

Vaksin cacar air dan campak

Terdapat vaksin bagi 2 penyakit ini.

Vaksin untuk demam campak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan diberiakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebanyak 2 dos diberikan iaitu pada umur 9 dan 12 bulan.

Vaksin cacar atau varicella juga diberikan sebanyak 2 dos. Ia masih belum diletakkan dalam NIP. Namun, anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.

Sumber: Hello Doktor

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: