Siakap Keli

Peranti Mampu Milik Yang Kena Dengan Bajet Anda Pada Tahun 2022

Mencari sebuah telefon pintar selalu menjadi pengalaman yang penting buat semua, walaupun harga telefon pintar baharu terus meningkat dengan mendadak selama bertahun-tahun, sejajar dengan itu, pilihan peranti mampu dimilik akan sentiasa menjadi perhatian para pembeli. Kini telefon pintar yang ideal dengan prestasi yang baik pada harga kurang daripada RM1,000 boleh ditemui, dan mampu berfungsi sehebat pilihan yang lebih mahal. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk membeli telefon pintar secara kontrak yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi yang menawarkan tawaran menarik bagi mereka yang ingin kaedah pembayaran fleksibel. Namun begitu, jika terdapat pilihan dimana produk peranti dijual pada harga yang lebih rendah, mungkin lebih baik untuk anda membeli peranti tersebut pada harga asal!

Sama ada anda ibu bapa yang ingin mencari telefon pintar pertama untuk anak anda, atau pelajar yang mencari peranti dengan spesifikasi terkini untuk memenuhi keperluan seharian anda, terdapat pelbagai jenis pilihan yang boleh anda pertimbangkan di luar sana. Tetapi untuk menjadikan hidup anda lebih mudah dan memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya wang anda, kami telah mengumpulkan lima jenis telefon pintar bajet yang ideal di bawah RM1,000.

Anda tidak akan menemui senarai telefon bajet seperti ini di tempat lain, jadi jika keutamaan anda adalah untuk  memanfaatkan wang anda sepenuhnya, teruskan membaca senarai kami!

HUAWEI nova Y90

Spesifikasi

  • 6.7 FHD+
  • 94% nisbah skrin badan
  • Kadar refresh skrin 90Hz
  • Chipset Snapdragon 680
  • 50+2+2 tiga kamera utama
  • Kamera hadapan 8 MP
  • Cap jari sisi
  • Bateri 5000 mAh
  • Kelajuan pengecasan 40W
  • 8GB RAM + 128GB Storan

HUAWEI nova Y90 ialah tambahan baharu kepada barisan siri nova Y (baru dilancarkan pada pertengahan Julai 2022) – melanjutkan siri ini dengan pilihan telefon pintar berteknologi tinggi dengan penuh gaya, reka bentuk yang kelihatan lebih elegan, dan pengalaman interaktif yang lebih canggih. Siri HUAWEI nova Y menawarkan pengguna dengan pengalaman terbaik yang menggabungkan teknologi dan fesyen dengan ciri skrin besar yang praktikal, hayat bateri yang panjang dan storan yang luas, kepada rupa yang canggih, pengalaman yang lancar dan reka bentuk yang berkualiti.

Diilhamkan oleh alam semesta, HUAWEI nova Y90 benar-benar membangkitkan semangat penerokaan yang tidak terhingga dengan modul kameranya yang diinspirasikan oleh reka bentuk Space Ring HUAWEI, yang  melambangkan gerbang antara bintang melalui angkasa dalam filem sci-fi. Dengan perincian yang futuristik untuk reka bentuknya, nova Y90 adalah salah satu pilihan utama kami apabila kami pada senarai telefon pintar bajet di bawah RM1,000.

Tips tambahan: Selepas pelancarannya baru-baru ini, pengguna yang membeli HUAWEI nova Y90 akan menikmati hadiah percuma terhad* termasuk langganan Viu percuma selama 6 bulan, storan 50GB selama 2 bulan di HUAWEI Cloud, jaminan lanjutan 6 bulan dan kotak hadiah HUAWEI yang estetik.

Oppo A76

Spesifikasi

    • 6.56″
    • 83.1% nisbah skrin badan
    • Kadar refresh skrin 90Hz
    • Chipset Snapdragon 680
  • 13+2 Dwi kamera utama
  • Kamera hadapan 8 MP
  • Cap Jari Sisi
  • Bateri 5000 mAh
  • Kelajuan pengecasan 33W
  • 8GB RAM + 128GB Storan

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

Salah satu juara siri A pertama Oppo telah kembali pada Februari 2022 dengan versi yang telah dipertingkatkan yang menyediakan sambungan yang lebih baik untuk menampung sambungan 5G. Oppo A76 mempunyai skrin kaca besar 6.56-inci yang berfungsi dengan baik dalam semua keadaan pencahayaan, walaupun pada hari ketika matahari sangat terang. Walaupun peranti itu mempunyai titik harga terendah dalam senarai hanya pada RM 889, jenama peranti itu juga menyediakan pelindung skrin yang mudah digunakan dan sarung silikon di dalam kotak.

Oppo A76 ini lebih menonjol kerana reka bentuknya yang cantik dan mewah. Untuk menjadikan peranti ini lebih mesra pengguna, pengimbas cap jari telah dipindahkan ke butang kuasa yang dipasang di sisi pada bahagian bawah peranti. Perubahan ini merupakan satu idea baik yang dipertimbangkan oleh pereka bentuk yang sesuai dengan bingkai telefon yang lebih besar. Selain menandingi pesaing dari segi prestasi dan nilai, Oppo A76 juga lengkap dengan storan UFS 2.2 yang merupakan ciri yang meningkatkan prestasi telefon pintaar berkenaan apabila menggunakan atau melancarkan aplikasi.

vivo Y33s 4G 

Spesifikasi

    • 6.58 FHD+
    • 83.76% nisbah skrin badan
    • Kadar refresh skrin 60Hz
    • Chipset MTK Helio G80
  • 13+2 Dwi kamera utama
  • Kamera hadapan 8 MP
  • Cap jari sisi
  • Bateri 5000 mAh
  • Kelajuan pengecasan 18W
  • 8GB RAM + 128GB Storan

Kini tiba masanya untuk memperkenalkan vivo Y33s 4G, tambahan terbaru jenama itu kepada siri Y yang popular dengan reka bentuk dan fungsinya. Y33s 4G juga mempunyai gaya yang serupa dengan vivo X60, tetapi dengan resolusi HD+ yang jelas dan bezel yang lebih nipis. Selain itu, sudut tontonan peranti yang luas dan produksi warna yang tepat untuk memberikan pengalaman tontonan yang menyeronokkan.

Y33s 4G dilengkapi dengan salah satu chipset Mediatek Helio G80 yang terbaharu, memberikan pengalaman yang lancar dan pantas. Peranti ini juga sebagai upgrade daripada telefon kos rendah biasa yang lain. Selain chipset yang mantap, ia juga memiliki jumlah memori akses rawak (RAM) yang banyak, membolehkan pelbagai aplikasi dijalankan secara serentak tanpa lag, menjadikannya sesuai untuk penggunaan aplikasi secara serentak.

Redmi Note 11S

Specifications

    • 6.43 FHD+
    • 84.5% nisbah skrin badan
    • Kadar refresh skrin 90Hz
    • Chipset MTK Helio G96
  • 108+8+2+2 Empat kamera utama
  • Kamera hadapan 16 MP
  • Cap jari sisi
  • Bateri 5000 mAh
  • Kelajuan pengecasan 33W
  • 8GB RAM + 128GB Storan

Jika anda sedang mencari yang terbaik dari pelbagai ciri, Redmi Note 11S dikategorikan sebagai kamera harian atau peranti pintar serba guna. Ciri Redmi Note 11S yang paling menarik ialah kamera 108 megapikselnya, yang menggunakan sensor HM2 Samsung untuk menghasilkan imej yang menakjubkan. Menjadikannya salah satu telefon yang ideal untuk peminat TikTok atau Reels yang membaca senarai ini.

Fokus untuk penggunaan multimedia yang serasi dengan julat harganya, Redmi Note 11S memenuhi semua permintaan anda. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan konfigurasi empat kamera, malah paparannya juga menampilkan kadar refresh 90 Hz dan skrin FHD+ AMOLED 6.43 inci supaya anda boleh mengagumi ciptaan anda tanpa kehilangan satu piksel pun dalam imej.

Samsung A23 4G 

Spesifikasi

  • 6.6 FHD+
  • 83.0% nisbah skrin badan
  • Kadar refresh skrin 90Hz
  • Chipset Snapdragon 680
  • 50+5+2+2 Empat kamera utama
  • Kamera hadapan 8 MP
  • Cap jari sisi
  • Bateri 5000 mAh
  • Kelajuan pengecasan 25W
  • 8GB RAM + 128GB Storan

 

Siri Samsung A secara konsisten telah menjadi salah satu telefon pintar yang popular di pasaran sejak peringkat permulaan lagi kerana ia dapat memenuhi jangkaan pengguna dan berfungsi sebagai teman harian yang boleh dipercayai. Keseluruhan reka bentuk adalah berdasarkan keperluan dan kegunaan pengguna setiap hari, sama ada merakam imej dengan persediaan kamera utama 50MP atau membuat panggilan video kerja selama berjam-jam.

Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 680 di bawah paparan, peranti berkuasa besar itu mampu mengendalikan pelbagai permainan mudah alih terkenal yang ada seperti Genshin Impact, Mobile Legend Bang Bang, Player Unknown Battle Ground (PUBG) dan banyak lagi. Sejak kemas kini perisian terbaharu daripada Samsung, semua peranti peringkat permulaan mereka kini dioptimumkan dengan lebih baik untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar untuk memberi manfaat kepada peminat mereka.

Seperti yang dinyatakan, memilih telefon pintar yang sesuai untuk anda adalah satu perjalanan istimewa yang unik hanya untuk anda. Bukan keperluan semua orang sama seperti anda, tetapi mungkin hanya bajet anda yang sama, jadi pastikan anda sentiasa memikirkan bajet anda dan  sesuaikan dengan pilihan terbaik dipasaran. Kategori telefon pintar bajet kini tidak seperti dahulu, dan kebanyakan jenama kini boleh menawarkan peranti mampu milik dengan spesifikasi yang sesuai dengan penggunaan harian.

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.