Nak Diserang Dengan Parang, Ayah Terpaksa Tembak Mati Anak Dipercayai Tengah ‘Lalok’
Seorang bapa dilaporkan telah menembak anaknya sendiri hingga mati dalam keadaan terpaksa kerana cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang dipercayai sedang berada dalam pengaruh dadah.
Memetik laporan akhbar The Thaiger, dia menembak anaknya yang merupakan penagih dadah tegar dengan menggunakan senapang patah dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Sebelum itu, difahamkan mangsa telah menghunus sebilah parang panjang berukuruan 1.2 meter ke arah muka bapanya yang berlaku di daerah Sichon, Thailand.
Menurut The Thaiger, dia bertindak demikian adalah untuk mempertahankan dirinya dari diserang oleh mangsa yang telah lama mengalami masalah ketagihan dadah.
Ayah mangsa yang juga merupakan penolong ketua kampuan daerah itu berkata, ini bukan kali pertama dia diserang oleh mangsa selain pernah juga pernah dirawat di hospital beberapa kali sebelum ini.
Difahamkan, pada Ahad lalu, mereka sekali lagi diserang oleh mangsa dengan ganas. Oleh itu, bapa mangsa cuba bertindak menghalang serta menghentikan tindakan ganas yang cuba dilakukan oleh mangsa.
Tanpa disangka, mangsa telah menghunuskan senjata parang ke arah bapanya yang kemudian memaksanya melepaskan tembakan ke arah anak sendiri. Lantaran dari kejadian itu, bapa mangsa menghubungi pihak polis dan menjelaskan perkara yang berlaku.
Tiba sahaja pihak polis di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa terbaring di rumah mereka dalam keadaan tidak bernyawa bersama-sama sebilah parang di sisi mayat mangsa.
Pegawai Polis, Kittisak Ramsawat berkata, mereka masih dalam usaha megumpul bahan butik forensik dan menemu bual beberapa saksi dan juga bapa mangsa sebelum mereka boleh failkan dakwaan.
BACA: Mayat Lelaki Berbungkus Selimut Ditemui Berdekatan Kolam Air Panas
Sumber: The Thaiger