Pemuda Mengamuk Terpaksa Diikat, Dipercayai Alami Tekanan Melampau Nak Siapkan Tesis
Tugasan menyiapkan tesis di tahun akhir merupakan suatu yang berat apabila anda bergelar seorang pelajar. Tesis merupakan satu tugasan akhir sebagai syarat anda untuk lulus dan menamatkan pengajian.
Satu video yang tular di Tiktok milik seorang warga negara Indonesia tentang masalah yang dihadapinya ketika bergelut untuk menyiapkan tesisnya. Dia mengaku bahawa mengalami tekanan dan stress melampau dalam tempoh untuk menyiapkan tugasan tersebut.
@userrrr_123456y Hati-hati gais kalo lagi nyusun skripsi jgn diambil pusing….Proses Penyemhuhan kalaf+anxiety disorder😥 #fyp #fypp #fypシ #fypシforyoupage #fyppppppppppppppppppppppp
“Pada awalnya stress, kemudian saya mengamuk sampai rumah hancur, akhirnya saya diikat agar tidak mendatangkan bahaya lain,” Tulis akaun pemilik dalam videonya.
Video yang agak kurang jelas itu melihatkan seorang pemuda yang duduk di ruangan sebuah rumah. Dalam keterangan yang dimuat naik bersama, pemuda berkenaan menunjukkan situasi yang dialaminya sebelum kejadian dimana dia mengamuk dan terpaksa diikat.
Selepas disiasat, ternyata pemuda itu mengalami masalah jiwa yang disebut sebagai anxiety disorder ataupun gangguan kecemasan. Kini mahasiswa itu dilapor sedang mendapatkan rawatan yang diperlukan dan hampir 90 peratus pulih.
“Hati-hati semua, kalau buat tesis jangan ambil mudah,” katanya dalam video lain.
Pengalaman mahasiswa itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai juga yang telah meninggalkan komen memberi semangat dan mendoakan agar pemuda tersebut pulih seperti sediakala.
Masalah kesihatan mental bukanlah suatu yang boleh masyarakat ambil mudah, segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami masalah tekanan perasaan seperti kemurungan atau stress melampau.
BACA: Nak Diserang Dengan Parang, Ayah Terpaksa Tembak Mati Anak Dipercayai Tengah ‘Lalok’
Sumber: Suara.com