Tular sebuah klip video di media sosial baru-baru ini yang memaparkan aksi ‘prank sambil sedekah’ hingga buat ramai netizen berasa sejuk hati melihatnya.
Kita semua tahu bahawa sedekah sememangnya merupakan satu amalan yang mulia. Di samping niat untuk membantu orang dalam kesusahan, kita juga dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh aidanmrz di platform media sosial, TikTok baru-baru ini, ia memaparkan perbuatan seorang anak muda melakukan ‘prank’ kepada seorang individu yang sedang khusyuk tidur.
Berdasarkan video itu, pada asalnya pemuda tersebut membawa sejumlah belon kartun dan meletakkannya berdekatan lelaki yang sedar tidur berkenaan.
Kemudian, dia berpura-pura berlakon dan mengejutkan individu terbabit untuk membeli belon tersebut.
Lelaki berkenaan yang baru sahaja dikejutkan dari tidur kehairanan dan menjelaskan kepada pembeli (lelaki yang berpura-pura) bahawa belon itu bukan dia yang menjualnya.
@aidanmrz Bangun-bangun langsung laris
Bagaimanapun, lelaki yang melakukan prank itu tetap memberikan sejumlah wang dan membawa kesemua belon itu pergi.
Sementara lelaki yang membeli belon itu berlalu pergi, individu terbabit jelas menunjukkan riak wajah kebingungan dengan keadaan tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial TikTok meluahkan rasa terhibur dan menyatakan cara ‘prank’ yang dilakukan oleh pemuda terbabit sangat unik.
“Satu-satunya prank yang kami patut terima,” komen Aurora.
“The real, tidur pembawa rezeki,” kata رفقي.
“Dari sini kita tau kan, bahawasanya rezeki itu tidak akan pernah tertukar, betapa sayangnya Allah sama kita,” jelas Surya Darma Lubis.
Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 17.6 juta tontonan dan lebih 1.1 juta tanda ‘suka’ di platform media sosial berkenaan.
Sumber: Tiktok aidanmrz