Bagai bulan jatuh ke riba, itu yang terjadi dalam satu siaran langsung atau “live” seorang TikToker apabila menerima hadiah ‘gift‘ bernilai lebih RM10,000 daripada seorang netizen di platform media sosial itu.
Baru-baru ini, Ryan Bakery telah menerima hadiah ‘gift‘ yang berbentuk singa dan beberapa jenis gift lain seperti anak singa atau kucing oleh pengguna TikTok bernama “Sultan Pemurah” semasa ‘live’.
@nrfarrahhanim
Dia pada ketika itu terkejut dan mendoakan kepada individu terbabit kerana terlalu ‘murah hati’. Disebabkan itu, Ryan terus menelefon kekasihnya dan memberitahu bahawa duit untuk berkahwin telah cukup.
@nrfarrahhanim
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh Muhammad Hassan di laman Facebook mendakwa gift yang diberikan oleh Sultan Pemurah itu bernilai melebihi RM10,000, selepas menghantar lima kali ‘singa’ kepada Ryan.
“Ketika Ryanbakery buat live kat tiktok dia, memang banyak orang bagi gift. Tapi gift yang biasa.
“Tiba-tiba ada sorang nama ‘Sultan Pemurah’ bagi gift Singa kat Ryan. Bila saya cek harga gift fuh RM1049.90,” maklumnya.
Tambah Hassan, dia menyatakan bahawa media sosial boleh membawa keuntungan sekiranya bijak.
“Inilah untung bila pandai manfaatkan media sosial. Zaman yang kita kena cari peluang sebaik mungkin di media sosial untuk jana pendapatan dan personal branding,” katanya.
https://www.facebook.com/encik.matt.5/posts/pfbid03LQXzwdzbnvxEzUEd994qC2Y5PUbaZmXbRmbSEf51C73HkGRMKbspprixtwq6HU4l
Rata-rata netizen turut sama memberi reaksi terkejut dengan pengguna TikTok tersebut dengan pemberian gift.
“Mantaplah 5 singa kot. Semoga dipermudahkan segala urusan semoga dimurahkn rezeki. Rezeki Ryan,” komen ainz165
“Rezeki kahwin Ryan,” kata Annurbeauty.
“Sultan minat kat Ryan kaw kaw ni. Semoga bertambah rezeki sultan pemurah,” tulis siti.