Siakap Keli
Pesawat Pengebom Paling Dirahsiakan
Gambar: Daily Star

Amerika Syarikat Bakal Dedah Pesawat Pengebom Paling Dirahsiakan Pada Umum

Amerika Syarikat Bakal Dedah Pesawat Pengebom Paling Dirahsiakan Pada Umum

AMERIKA – Sebuah pesawat pengebom paling dirahsiakan ciptaan Amerika Syarikat akhirnya bakal didedahkan kepada umum tahun ini, lapor Daily Star.

Pesawat pengebom yang diberi nama B-21 Raider itu sering menjadi bualan ramai walaupun pihak tentera Amerika Syarikat tidak pernah mengesahkan kewujudannya sehingga kini.

Difahamkan, pesawat baru ini mempunyai kemampuan yang canggih dan luar biasa iaitu mampu menggugurkan bom-bom konvensional beserta ‘thermonuclear’ dan akan menjadi pesawat pengebom paling canggih di dunia.

Senator Amerika iaitu Mike Rounds, telah membuka mulut mengenai pesawat itu selepas menjadi satu-satunya pegawai yang terpilih menyertai lawatan sulit pada minggu lalu.

B-21 Raider

Beliau telah dijemput untuk melawat lokasi sebenar tempat pesawat itu dibuat. Menurutnya, pesawat itu bakal melakukan penerbangan pertamanya menjelang 2023.

“Walaupun kebanyakan maklumat yang saya dapat semasa lawatan itu adalah sulit, saya berbesar hati dapat melaporkan bahawa pesawat B-21 menepati masa dan bajet,” katanya.

“Orang awam boleh menjangkakan B-21 Raider ini akan didedahkan pada umum lewat tahun ini.

B-21 raider

“B-21 adalah salah satu pesawat tercanggih yang pernah dibangunkan. Kami semakin hampir untuk membawa pulang platform tercanggih ini ke Pangkalan Tentera Udara Ellsworth,” tambahnya lagi.

Jenis senjata yang akan dipasang kepada pesawat itu masih belum diketahui, tetapi dikhabarkan ia akan dilengkapkan dengan senjata jarak jauh dan boleh membawa muatan berat yang mampu menghantar senjata konvensional dan termonuklear.

Setiap unit yang digunakan dalam pesawat itu msih belum diketahui jumlahnya setakat ini dan dianggarkan berharga sekitar £20 bilion.

Senator Rounds menambah: “Di saat kita melihat ke masa depan, saya sedang berusaha untuk memastikan pangkalan itu akan terus menerima pembiayaan penuh untuk menampung banyak peralatan dan kemudahan yang akan diperlukan untuk misi B-21 Raider di Ellsworth,” ulas beliau lagi.

B-21 Raider

Pesawat itu akan ada peningkatan dari segi keselamatan tambahan kerana pesawat ini berkemampuan akan menjadi pesawat pengebom dengan keupayaan nuklear.

“Sebagai Dakotan Selatan dan ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, saya akan terus terlibat dalam andaian Ellsworth mengenai misi B-21 Raider yang akan membantu menjamin negara kita untuk beberapa dekad yang akan datang,” jelas Senator Rounds lagi.

Amerika berharap pesawat itu akan menjadi tumpuan dalam aspek ketenteraan di Amerika Syarikat untuk satu generasi, dan boleh digunakan untuk memerangi Presiden Rusia Vladimir Putin sekiranya beliau memutuskan untuk meningkatkan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Sumber: Daily Star

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.