Siakap Keli
bekalan elektrik pulih sepenuhnya
Gambar Via Bernama

Bekalan Elektrik Kini Pulih Sepenuhnya -TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa pihaknya telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada jam 3.02 petang tadi.

Menerusi kenyataan di Facebook TNB Careline, pihaknya berkata kebanyakan kawasan terjejas telah berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.

Kenyataan itu juga mendedahkan bahawa gangguan bekalan tersebut berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan Pencawang Masuk Utama (PMU).

“Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada jam 12:39 tengahari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

“Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

TNB juga turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pengguna semasa gangguan bekalan ini.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” ujarnya lagi.

Terdahulu, TNB memaklumkan beberapa kawasan telah mengalami gangguan elektrik seperti di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

Sementara itu, media sosial hari ini dipenuhi dengan perkongsian netizen mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Malah, #Blackout dan TNB juga menjadi sohor kini di Facebook dan Twitter.

Menerusi laporan media tempatan pula, beberapa lampu isyarat di ibu negara turut tidak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik tersebut.

https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/pfbid0331BeZJHY2HFvofTgP2cSu1cNV3WWBy89oTzW7ghSY3ePaKas54QPVhm3csLKyMsjl

Sumber: TNB Careline

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.