Siakap Keli

Benjamin Mora Sah Tinggalkan JDT, Pulang Ke Mexico

Benjamin Mora Sah Tinggalkan JDT, Pulang Ke Mexico

Hari ini secara rasmi kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi Facebook Johor Southern Tigers mengumumkan Benjamin Mora meninggalkan kelab itu.

Sekaligus, menjawab desas-desus yang bertiup kencang sejak semalam bahawa ada seorang jurulatih kelab Liga Super bakal tinggalkan pasukan.

Menurut JDT, Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. JDT juga menghormati permintaan tersebut dan sentiasa membuka pintu untuk menerima Mora kembali pada masa akan datang.

Mora disifatkan sebagai jurulatih paling berjaya yang pernah membimbing Johor Darul Ta’zim sejak kelab itu diperkenalkan. Mora berjaya memenangi empat kali gelaran juara Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan terkini berjaya membawa JDT ke pusingan kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

Mora juga telah berjaya mengendalikan 148 perlawanan bersama JDT sejak 2017 dan memenangi 102 perlawanan. JDT juga mengucapkan terima kasih kepada Mora dan Benjamin Mora akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT.

Benjamin Mora juga pernah menjadi jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat sebagai jurulatih JDT dan membimbing pasukan itu sehingga ke hari ini. Jasa Mora bersama pasukan JDT tidak akan dilupakan dan nama beliau sebagai jurulatih akan menjadi sejarah dalam Liga Malaysia.

Sumber: JST

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.