Siakap Keli
hospital lama kuala krai
Gambar: Bernama

Hospital Lama Kuala Krai Mungkin Digunakan Atasi Kesesakan Pesakit Di Wad

KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bercadang untuk mengoperasikan semula Hospital Kuala Krai lama bagi mengatasi kesesakan kemasukan pesakit ke wad di semua hospital di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata ini berikutan berlaku peningkatan kemasukan pesakit secara ketara termasuk kes influenza di seluruh hospital kerajaan dan swasta di Kelantan.

“Memandangkan penyakit influenza sehingga kini telah merekodkan lebih 31,000 kes di negeri ini. Saya difahamkan JKNK bercadang untuk mengoperasikan semula Hospital Kuala Krai lama.

“JKNK memandang serius perkara ini kerana rawatan tetap diberikan kepada pesakit, selain JKNK akan memikirkan segala kemudahan untuk memberi keselesan kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan dan pengindahan Pantai Kundor, di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Hassan Yaakob.

Dr Izani menasihatkan rakyat Kelantan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan daripada penyakit influenza seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan mengamalkan cara hidup sihat.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai program berkenaan, beliau berkata pihaknya akan membina jalan dari Kuala Besar terus ke Pantai Kundor bagi memudahkan pengunjung untuk ke pantai berkenaan membabitkan peruntukan bernilai RM250,000.

“Pembinaan ini akan membabitkan lebih kurang 1.1 kilometer dan boleh dilalui oleh kenderaan. Pada peringkat awal ia akan dibina dengan jalan berbatu sebelum dijadikan jalan bertar yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat memandangkan peruntukan sudah ada,” katanya.

Sumber: Bernama

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.