Siakap Keli
maha 2022 serdang

Kecoh Jalan Di Sabah Kena ‘Serbu’, Ada Yang Nampak Kelibat Ella Turut Serta

Penduduk Sabah gempar apabila salah satu jalan di Kota Kinabalu ‘diserbu’ sekumpulan individu Ahad lalu. Kumpulan itu membawa plakat seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu. Jalan tersebut dikatakan mula dipenuhi orang ramai seawal pagi dan berlarutan sehingga sekitar 12.30 tengah hari.

Kejadian yang berlaku di Jalan Jati Off, Jalan Gaya itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan tujuan kelompok berkenaan berkumpul di situ.

Lebih menjadi perhatian orang ramai adalah kelibat ratu rock tanah air, Ella yang turut serta dalam aktiviti tersebut. Apa yang berlaku sebenarnya?

Setelah diperhati dari dekat, rupa-rupanya ia adalah sebahagian daripada acara Street Attack MAHA 2022 bagi mempromosikan MAHA 2022 yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi. Selebriti tempatan, Ella menyertai acara itu sebagai Figura Peladang untuk mengajak orang ramai memeriahkan MAHA 2022 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 4 hingga 14 Ogos akan datang.

Acara itu melibatkan seramai 40 orang peserta kayuhan daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Negeri Sabah yang mempromosikan MAHA 2022 dengan mengelilingi bandar Kota Kinabalu.

Program tersebut turut disertai Menteri MAFI, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee serta Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, YBhg. Dato’ Azulita Binti Salim, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, YBrs. Puan Junainah Binti Abbie dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, YBhg. Datuk Dr Mariana Tinggal.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut berkesempatan beramah mesra dan menyerahkan kit promosi MAHA 2022 kepada para peniaga di sepanjang Tamu Gaya Kota Kinabalu.

maha 2022 serdang

https://www.facebook.com/MafiMalaysia/posts/354954330148084

Masuk percuma, banyak peluang menanti anda di MAHA 2022 Di Serdang

Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, program kali ini ingin mendedahkan orang ramai dengan mempromosikan agrikultur dan industri berdasarkan pertanian. Tanpa sebarang cas bayaran, orang ramai boleh berkunjung ke program ini dan menyertai pelbagai aktiviti dan pameran termasuk agro bazaar, demonstrasi, pertandingan dan membeli produk pertanian pada harga rendah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli bunga hiasan untuk lanskap rumah dengan berkunjung ke pameran florikultur di sana. Sementara itu, sebanyak 333 menu Makanan Keluarga Malaysia dan 101 menu di Kluster Food Truck Fiesta akan menanti pengunjung

Selain itu, peniaga atau pengusaha yang terlibat dalam industri pertanian juga berpeluang membina rangkaian baru melalui program ini. Tak terhenti di situ, anda juga boleh menyertai seminar dan bengkel untuk mengembangkan bisnes anda.

Acara dwi-tahunan ini menghubungkan syarikat perladangan, pelabur dan pengguna serta pengusaha dalam industri lain. Pada acara terakhir MAHA yang diadakan pada 2018 lalu, sebanyak RM215 juta hasil pendapatan berjaya direkodkan. Kali ini, MAFI menganggarkan hasil jualan mencecah RM250 juta dengan 1,500 ruang pameran yang disediakan.

Menariknya, acara ini juga turut diadakan secara maya dan boleh diakses melalui laman rasmi Expo MAHA di sini. Orang ramai turut berpeluang melakukan transaksi secara atas talian melalui pautan tersebut.

#throwbackMAHA2018

Jom kita telusuri sekitar acara terakhir MAHA diadakan pada empat tahun lalu.

maha 2022 serdang

Pameran bunga hiasan

maha 2022 serdang
Laman sayur

maha 2022 serdang

Nampak meriah, kan? Pasti anda pun makin teruja untuk sertai expo MAHA kali ini. Jadi jangan lepaskan peluang, jom kunjungi MAHA 2022 di Serdang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meriahkan lagi acara yang julung kali diadakan ini.

Masuk adalah percuma!

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.