Siakap Keli
Kemalangan Darat Terparah Di Dunia
Gambar via mvv_mystic

Kemalangan Darat Terparah Di Dunia, 51 Pelajar Bersama 2 Guru Maut

Kemalangan darat terparah di dunia, seramai 51 orang pelajar dan dua orang guru dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah bas.

Kita sering didedahkan dengan berita-berita kemalangan yang mengerikan hingga telah menyebabkan banyak kematian yang tidak disangka-sangka.

Lebih sebak, jika yang pergi dalam tragedi mengerikan seperti kemalangan tidak kira sama ada darat, laut mahupun udara adalah mereka yang menjadi tulang belakang keluarga seperti seorang suami dan seorang anak dan ayah.

Bagaimanalah nasib isteri, anak-anak, ibu bapa yang mereka tinggalkan tanpa menitipkan sebarang pesan sebelum pergi.

Sehingga kini, media berita tidak lekang dengan berita-berita kemalangan yang sangat mengerikan di darat, laut mahupun udara. Pada pandangan mata sesetengah pihak, mungkin kemalangan udara dan laut adalah yang paling mengerikan.

Namun, tidak kurang juga di darat yang telah ‘menelan’ ribuan nyawa disebabkan oleh kemalangan yang sangat-sangat mengerikan seperti baru-baru ini yang terjadi di Terowong Menora yang melibatkan lima nyawa merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) terperangkap dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran.

Hari ini, Siakap Keli ingin kongsikan lagi satu kisah kemalangan yang mengerikan terjadi di Indonesia melibatkan bukan lima pelajar, tapi 51 pelajar yang terperangkap dalam kemalangan yang hampir sama dengan kejadian di Terowong Menora. Kisah ini dipetik menerusi bebenang dari laman Twitter milik @mvv_mystic.

Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah.

Kemalangan maut yang melibatkan 54 orang telah mengubah sistem keselamatan bas hingga hari ini.

Pengangkutan darat, laut dan udara, ketiga-tiga tidak boleh dikategorikan yang mana satu paling selamat kerana memiliki risiko dan potensi kemalangan yang sama.

Biasanya, kita dengar kemalangan udara dan laut merupakan yang paling parah dan tragis. Mengimbas kembali, pada tahun 2003 telah terjadi sebuah tragedi kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan bas terparah di Situbondo.

Semua dimulai dari rombongan yang baru usai melakukan lawatan sambil belajar salah sebuah sekolah. Rombongan itu terdiri dari ratusan kelas dua SMK Yayasan Pembina Generasi Muda (Yapemda) dalam perjalanan pulang ke Sleman, Yogyakarta setelah melancong ke Bali.

Rabu, 8 Oktober 2003, suasana diselimuti dengan perasaan riang gembira para peserta dari tiga bus yang berbeza dari syarikat AO Transport yang dipandu laju secara serentak beriringan dengan azan Isyak pada ketika itu.

Ketiga-tiga bus itu dinomborkan 1, 2 dan 3 untuk menandakan kumpulan itu. Sepanjang perjalanan, bas nombor tiga mengalami banyak masalah bermula dengan kaca pecah, kabel elektrik tersangkut dan lain-lain kejadian yang tidak terjangkau menghalang perjalanan mereka.

Sementara itu, bas bernombor satu dan dua tidak mempunyai masalah sama sekali, malah sesekali berhenti untuk menunggu bas yang nombor tiga tadi. Siapa sangka, malam yang ceria setelah pulang dari lawatan belajar berubah menjadi jeritan maut dan duka bagi semua orang.

Tragedi itu bermula apabila bas berkenaan melepasi tanjakan di selekoh Jalan Raya Surabaya-Banyuwangi, kawasan Banyu Bulgur, Situbondo, Jawa Timur.

Sebuah truk kontainer tiba memotong lorong dengan tidak mengendahkan tanda jalan, manakala di seberang, tiga bus yang membawa pelajar Yapemda tadi turut memotong kenderaan di hadapan mereka.

Bas satu dan tiga berjaya memotong dan masuk semula pada lorong mereka, manakala bas dua pula yang bernasib malam kerana tidak sempat memotong dan terus dirempuh oleh lori kontena itu.

Tidak berakhir setakat itu sahaja, secara tiba-tiba, truk jenis colt diesel dari arah belakang juga menghentam belakang bas menyebabkan dua kenderaan itu dihimpit oleh dua truk. Tidak lama selepas dirempuh, api tiba-tiba marak di bahagian hadapan bas.

Api marak itu berpunca dari tangki bahan bakar salah satu truk yang pecah dan percikan api dicetuskan oleh fuse elektrik bas berkenaan. Ada juga yang berpendapat api tersebut tercetus akibat geseran antara lori dan badan bas, mengakibatkan percikan api yang kemudian merebak.

Kobaran api kian membesar kerana tangki bahan bakar mengalami kebocoran. Saat kebakaran terjadi, para siswa di dalam bas itu masih dalam keadaan sedar dan selamat. Mereka panik berlarian ke arah belakang bas yang apinya beli dipadamkan sambil berteriak meminta tolong.

Sementara itu, api kian membesar dan mula ‘membaham’ bahagian depan bas dan merebak ke belakang. Pelajar dan para guru pengiring mundur kebelakang menghindari api di bahagian depan mereka. Mereka cuba untuk keluar dari satu-satunya jalan keluar yang ada iaitu pintu belakang bas.

Namun, pintu itu ternyata tak boleh dibuka lantaran tersangkut akibat dilanggar oleh lori dari belakang. Siswa di dalam bas terus berteriak meminta pertolongan. keadaan mereka terus dihimpit api yang kisan mendekat dan membakar satu persatu kerusi dan beg mereka.

Aksesori pada bas seperti permaidani, sarung kerusi dan objek mudah terbakar lain habis ‘dijilat’ api dan membuatkan api jadi lebih besar.

Semua pelajar yang terperangkap dalam bas tersebut dalam keadaan panik dan terus meminta tolong dengan memukul tingkap dari dalam. Malangnya, lokasi kemalangan ketika itu berada dalam keadaan sunyi. Rumah penduduk setempat juga berada sekurang-kurang 500 meter dari lokasi kejadian. 

Selain itu, dalam bas juga tiada sebarang alat untuk memecahkan tingkap kaca dan tidak boleh menyelamatkan diri melalui tingkap bus yang cukup tebal. 

Pada akhirnya, mereka hangus terbakar di dalam bas tersebut hidup-hidup. Suara jeritan yang tadi semakin lama semakin hilang seorang demi seorang. Bas terbakar 100% bersama penumpang-penumpang yang ada di dalam. 

Kebakaran berlaku dengan sangat pantas dengan adanya bahan-bahan mudah terbakar yang terdapat di dalam bas dan tangki minyak yang bocor akibat pelanggaran. 

Lokasi kejadian yang tragis ini berlaku berhampiran dengan Pintu PLTU Paiton. Sejak dari itu, kejadian mengerikan itu digelar sebagai “Tragedi Paiton”. 

Jumlah mangsa kejadian tersebut adalah 54 orang yang terdiri daripada 51 pelajar lelaki dan perempuan, dua guru dan seorang pemandu pelancong. 

Manakala, mangsa yang dilaporkan tercedara hanya seorang iaitu kernet bas dengan luka kebakaran yang sangat serius. Dalam pada itu, pemandu bas juga dilaporkan terselamat selepas melompat keluar sebaik sahaja berlaku kemalangan yang tragik tersebut. 

Sumber: mvv_mystic (Twitter) 

Faiz Mustafa