Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Isnin lalu menggesa Eropah supaya memberikan tindak balas terhadap ‘perang gas’ yang didakwanya dicetuskan oleh Rusia dengan meningkatkan sekatan ke atas Moscow.
“Hari ini (kelmarin) kita telah menerima ancaman baru terhadap Eropah. Rusia telah melancarkan perang gas secara terbuka ke atas negara-negara Eropah bersatu,” dakwa Zelensky menerusi pengumuman pemotongan baharu penghantaran gas ke Eropah oleh Gazprom, lapor AFP.
Syarikat tenaga gergasi milik Rusia itu berkata bahawa pihak mereka akan memotong penghantaran gas ke Eropah menerusia saluran paip Nord Stream dengan hanya 20 peratus daripada keupayaan saluran paip tersebut bersamaan 33 juta kubik meter sehari bermula hari ini.
Menurut AFP, alasan Gazaprom melakukan hal itu adalah kerana masalah teknikal yang melibatkan enjin.
Eropah sangat bergantung harap kepada sumber tenaga Rusia. Ekoran itu, Barat telah menuduh Moscow menggunakan tenaga tersebut sebagai senjata untuk membalas sekatan yang dikenakan ke atas Rusia akibat menceroboh Ukraine.
“Mereka (Rusia) tidak peduli apa yang akan berlaku kepada rakyat jelata, bagaimana mereka akan menderita akibat kelaparan selepas pelabuhan-pelabuhan di sekat, menderita akibat kemiskinan dan cuaca sejuk atau penaklukan. Ini semua adalah keganasan dalam bentuk berbeza.
“Ini sebabnya mengapa kita mesti bertindak balas. Jangan fikir bagaimana untuk mendapatkan kembali gas Rusia sebaliknya ketatkan lagi sekatan,” dakwa Zelensky lagi, lapor AFP.
Pengumuman itu dilakukan selepas mereka membekukan bekalan selama 10 hari untuk penyelenggaran menerusi Nord Stream dan Rusia menyambung semula bekalan gas kritikal ke Eropah melalui Jerman.
BACA: Harga Minyak RON97 Turun 10 Sen, RON95 & Diesel Kekal
BACA JUGA: Siswazah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Dapat Pengecualian Bayar Balik Pinjaman PTPTN – PM
Sumber: AFP