Wanita Batal Perkahwinan, Terkejut Tengok Bakal Suami Masih Dimandikan Ibu
Seorang wanita di China nekad membatalkan majlis perkahwinannya setelah mendapat tahu bahawa calon suaminya masih dimandikan oleh ibunya sendiri.
Menurut akhbar berita Wolipop, wanita tersebut yang berasal dari bandar Sutian, Jiangsu hadir ke rumah bakal suaminya membawa beberapa barang dan melihat persiapan yang telah dilakukan.
Ketika itu juga, dia melihat bakal ibu mertuanya sedang sibuk menyiapkan dan menghias bilik pengantin serta beberapa lagi tugas lain yang masih belum diselesaikan.
Kemudian, wanita tersebut sempat melihat bakal ibu mertuanya masuk ke dalam bilik bakal suami dan terkejut melihat ibu suaminya sedang memandikan calon suami dan dia kelihatan selesa berbuat demikian.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan tersebut walaupun keluarga pihak lelaki menolak permintaan tersebut kerana segala persiapan telah hampir lengkap.
Bakal pengantin lelaki juga berkata mereka sudah lama menjalinkan hubungan dan tiada sebab untuk membatalkan perkahwinan tersebut.
Dalam pada itu, ibunya turut merasa sedih dan tidak menyangka perbuatan itu memberi kesan buruk pada perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
BACA JUGA: Beli Kawasaki Ninja RM 9,000 Di FB, Lelaki Tergamam Hanya Terima Baju
Sumber: Wolipop