Bapa Ditahan, Cuba Jual Tiga Anak Albino Untuk Upacara Sihir
Seorang ayah berjaya ditahan oleh polis sebelum sempat menjual tiga anaknya yang albino dipercayai untuk kegunaan upacara sihir di Mozambique, Isnin lepas.
Ketiga-tiga kanak-kanak berusia sembilan hingga 16 tahun berjaya diselamatkan pada hujung minggu lepas selepas pihak polis mendapat maklumat daripada individu yang tidak dikenali. Turut ditahan adalah bapa saudara kepada ketiga-tiga kanak-kanak malang tersebut.
Kedua-dua lelaki itu didakwa merancang menyeludup kanak-kanak berkenaan ke Malawi untuk dijual pada harga RM178,000, kata jurucakap polis tempatan Feliciano da Camara dalam satu sidang akhbar.
Kedua lelaki tersebut mengaku tidak bersalah dalam kes tersebut.
“Siasatan telah dijalankan dan ketiga kana-kanak tersebut berjaya diselamatkan,” kata Camara.
Albinisme, disebabkan oleh kekurangan melanin pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata adalah anamoli genetik yang berlaku kepada ratusan ribu orang di seluruh dunia.
Manakana di beberapa negara Afrika sub-Sahara, mereka yang dilahirkan sebagai albino sering mengalami serangan yang boleh mengancam nyawa, yang mana bahagian tubuh mereka dicari untuk digunakan dalam amalan sihir dengan kepercayaan bahawa ia boleh membawa tuah dan kekayaan.
Pada 27 Jun, mahkamah di Malawi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun kepada seorang Ketua Katholik dan beberapa orang lain berikutan jenayah pembunuhan keatas seorang lelaki albinisme pada tahun 2018.
Hakim Dorothy NyaKaunda Kamanga berkata lelaki berkenaan, yang mengetuai paroki di Machinga, 100 kilometer timur laut Blantyre merancang untuk menjual tisu MacDonald Masambuka yang berusia 22 tahun.
Kejadian itu berlaku ketika tempoh kemuncak serangan menyaksikan 40 orang albino di Malawi dibunuh dan berpuluh-puluh yang lain diserang. Seorang daripada lima yang disabitkan kesalah adalah abang kepada mangsa.
“Kesemua tertuduh mengambil kesempatan daripada keperluan psikologi si mati yang mahukan pasangan hidup.
“Mereka mengumpannya dengan mengatakan bahawa telah menemukan calon isteri untuknya dan mereka harus pergi menemuinya. Yang akhirnya menjadi perangkap maut baginya,” kata hakim dalam penghakimannya.
Sumber: AFP