Siakap Keli
lelaki warga asing
Gambar: TikTok nasir _junior1

Baru Setahun Di Malaysia Dah Fasih Cakap Melayu, Pesanan Lelaki Warga Asing Ini Cukup ‘Padu’

Tular sebuah video seorang lelaki warga asing yang fasih cakap dalam Bahasa Melayu telah menarik perhatian netizen baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, Malaysia sememangnya terkenal dan menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara untuk datang mencari rezeki.

Tidak dinafikan bahawa ramai di antara mereka yang fasih dalam pertuturan Bahasa Melayu walaupun baru sahaja datang ke negara berbilang kaum ini.

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, nasir _junior1 di akaunnya baru-baru ini yang memaparkan kelibat lelaki berkenaan.

Menurut Nasir, lelaki warga asing yang dikenali sebagai Nordin itu lebih fasih bercakap bahasa kebangsaan daripadanya walaupun baru saja datang ke Malaysia pada tahun lepas.

“Dia boleh bercakap (dalam) Bahasa Malaysia dengan sangat lancar hanya dalam tempoh setahun,” kata Nasir dalam video itu.

Tidak pasti Nordin berasal dari mana, namun melihat kepada keadaan fizikalnya, dia mungkin berasal dari negara di sekitar Timur Tengah mahupun Afrika.

@nasir_junior1

#learnmalay #bahasamalay #malaysia #fypシ #fyp

♬ suara asli – semangat yuk

Ketika ditanya bagaimana boleh lancar bertutur dalam waktu yang singkat, lelaki tersebut menjelaskan bahawa setiap orang perlu mempunyai rasa ingin belajar dan sayang terhadap bahasa itu.

Menjenguk ke dalam ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan kelancaran warga asing itu bertutur.

“Satu penghormatan untuk kamu Nordin,” komen Arif Cheng.

“Betul nak belajar bahasa lain kena rajin belajar dan rajin berkomunikasi dengan tempatan. Kalau belajar sorang-sorang dekat rumah memang idok ler nak fasih,” kata yuucola.

“Bahasa Melayu antara bahasa yang paling mudah dipelajari,” jelas airmelowwwww.

Untuk makluman, video itu mendapat lebih 36,500 tontonan dan lebih 2,000 tanda ‘Suka’ di media sosial berkenaan setakat artikel ini ditulis.

Sumber: TikTok nasir _junior1

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.