Siakap Keli
TS Khalid Ibrahim
Gambar via Bernama

Berita Kematian TS Khalid Ibrahim Tidak Benar, Masih Jalani Rawatan Di Hospital

Berita kematian Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim yang tersebar di media sosial ketika ini adalah tidak benar.

Menurut hantaran menerusi laman Facebook tersebut, beliau masih lagi menerima rawatan di Hospital dan menegaskan bahawa berita yang tersebar sebentar tadi yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” tulisnya.

Difahamkan, beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 30 April lalu berikutan berlaku jangkitan kuman dan berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di laman facebook rasminya pada Sabtu, 23 Julai 2022. Keadaan beliau pada ketika itu dikatakan sangat sensitif terhadap persekitaran luar.

Dalam pada itu, pihak hospital juga telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan jumlah pelawat juga dihadkan.

“Bagi pihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhan Tan Sri.

“Untuk makluman semua, Tan Sri kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

”Kami dan pihak keluarga menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat Ybhg TSri untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan. Kami amat menghargai hasrat dan niat teman-teman sekalian,” jelas kenyataan Facebook itu Sabtu lalu.

Pihak keluarga berterima kasih dengan ucapan kata-kata semangat dan sokongan. Mereka juga sangat menghargai hasrat dan niat teman-teman yang ingin menziarah.

Namun begitu, dengan situasi semasa Tan Sri Khalid Ibrahim, keluarganya bagaimanapun terpaksa menolak sebarang kunjungan atau ziarah termasuk dari teman rapatnya.

 

Sumber: Abdul Khalid Ibrahim (Facebook) 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.