Gajah Disangka Ganggu Penduduk, Rupanya Nak Minta Bantuan Anak Jatuh Dalam Telaga
Gajah merupakan spesies haiwan mamalia yang juga boleh disifatkan sebagai cerdas dan pintar serta boleh dijadikan kawan manusia kerana mampu berinteraksi dengan baik.
Memetik Indo Zone, satu momen yang menakjubkan dirakam dan dikongsikan menerusi laman Instagram milik @info_uniik yang memperlihatkan seekor gajah berdiri di pinggir jalan menyapa sesiapa sahaja yang lalu di kawasan itu.
Pada awalnya, gajah tersebut kelihatan panik namun tetap menyenggol pengguna jalan raya dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa takut orang ramai melihat dari tindakan gajah itu.
Setelah selidik, gajah itu sebenarnya sedang hendak minta bantuan orang ramai untuk membantunya menyelamatkan anaknya yang terperangkap ke dalam sumur.
Menerusi video berikutnya, kelihatan anak gajah yang terperangkap ke dalam sumur yang agak dalam dan warga sekitar sedang cuba berusaha membantu anak gajah itu.
Dengan menggunakan traktor, warga sekitar berjaya mengeluarkan anak gajah dari dalam sumur dengan menggali tanah untuk memberikan jalan keluar kepada anak gajah. Akhirnya, anak gajah itu berjaya diselamatkan.
BACA: Berita Kematian TS Khalid Ibrahim Tidak Benar, Masih Jalani Rawatan Di Hospital
BACA JUGA: Disimbah Petrol & Dibakar Depan Anak, Wanita Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa 24 Hari
Sumber: Indo Zone