Sebastian Vettel memutuskan akan bersara dari sukan permotoran pada penghujung musim 2022 pada tahun ini.
Juara dalam empat Kejohanan Dunia sebagai Pemandu Formula One, dia kini berada di tempat ketiga dalam senarai pemenang Grand Prix sepanjang masa dengan 53 kemenangan berada di belakang Lewis Hamilton (103) dan Michael Schumacher (91), lapor Aston Martin.
“Saya berpeluang bekerja sama dengan ramai pihak yang hebat dalam dunia Formula 1 sejak 15 tahun yang lalu dan terlalu banyak jika perlu disebut dan berterima kasih.
“Sejak dua tahun lalu saya telah mewakili Aston Martin Aramco Cognizant Formula One™ dan walaupun keputusan yang diperoleh tidak begitu memuaskan seperti yang kami harapkan, namun saya percaya susunan strategi yang baik tetap perlu dilakukan untuk perlumbaan pada tahun-tahun yang akan datang.
“Saya amat seronok bekerja dengan sekumpulan orang-orang yang hebat seperti Lawrence, Lance, Martin, Mike, pengurus kanan, jurutera, mekanik dan semua ahli pasukan yang bercita-cita tinggi, berkebolehan, komited dan mesra, saya ucapkan selamat sejahtera kepada mereka semua.
“Saya berharap kerja-kerja yang telah saya lakukan pada tahun ini dan tahun lepas dapat membantu membangunkan pasukan yang akan menang pada masa akan datang.
“Saya juga akan memberikan yang terbaik dalam tugas-tugas akhir pada tahun ini sebelum saya bersara,” lapor Aston Martin.
Menurutnya, keputusan untuk bersara bukanlah satu perkara yang mudah untuknya dan telah menghabiskan banyak masa memikirkan tentang hal itu sebelum membuat keputusan ini.
Difahamkan, dia perlu masa untuk fikir apa yang perlu dilakukan selepas ini dan ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan anak-anaknya.
“Tetapi hari ini bukanlah ucapan selamat tinggal,” tambahnya.
BACA: Disimbah Petrol & Dibakar Depan Anak, Wanita Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa 24 Hari
BACA JUGA: Penganggur Disyaki Bakar Remaja Dihadapkan Ke Mahkamah
Sumber: Aston Martin