Siakap Keli

Kolaborasi Revenue Valley X myBurgerLab Bawa Variasi Burger Baharu Ke The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch

Petaling Jaya, 25 Julai 2022 –  Syarikat restoran segera kasual Revenue Valley Sdn Bhd dan myBurgerLab yang popular telah berkerjasama untuk menarik penggemar makanan di Malaysia untuk mencuba satu siri makanan yang lazat di The Manhattan FISH MARKET (MFM), Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch daripada MFM 

Kolaborasi antara jenama-jenama terkenal ini telah menggabungkan keunikan hidangan restoran mereka daripada hasil makanan laut segar ke daging lembu Australia, dan dipadankan dengan roti arang dan sos istemewa myBurgerLab. Gabungan menarik ini menghasilkan sebuah sajian yang menyelerakan serta menjanjikan pengalaman gastronomi yang menarik.  

Peminat makanan laut boleh menikmati burger ikan Tilapia Merah edisi terhad di The Manhattan FISH MARKET dengan mencuba Mike’s Salsa Burger (RM19.90), Hot Reef & Chick (RM28.90) dan Snappin’ Budu Burger (RM33.90). Ikan Tilapia Merah yang segar dicelup dan digoreng dengan tepung, disajikan dengan cendawan tumis dan sos Green Salsa; paha ayam goreng dan Red Sauce istimewa daripada myBurgerLab; atau udang dipanggang dan disapu Budu Mayo yang pedas ala Pantai Timur, lalu diapit dengan roti arang yang terkenal dan disajikan dengan  Hand-cut Chips 

Penggemar daging pula dapat menikmati menu baharu ciptaan Tony Roma’s X myBurgerLab bermula dari 4 Ogos . Menu baharu ini menampilkan kepingan daging yang digril sehingga empuk dan dihidang bersama salsa lazat dan kentang goreng. Royal Stacked Burger (RM59.90) yang menggiurkan mempunyai dua keping daging lembu Australia dan keju, kedua-dua Green Salsa danRed Salsa,diletakkan diantara roti arang; manakala Chucky Ring Burger (RM45.90) menampilkan gandingan sempurna kepingan daging yang digril dengan gegelang bawang goreng, keju dan Spicy Red Salsa 

Loaded Chick Burger (RM38.90) dihidangkan bersama sekeping dada ayam yang digoreng sehingga rangup berserta dengan pilihan Green Salsa atau Red Salsa yang diapit di antara dua roti arang. Penggemar daging ayam juga boleh menikmati dua keping lagi patti dada ayam dengan hanya RM6 sahaja.   

Pelanggan NY Steak Shack kini boleh menikmati kepingan daging burger myBurgerLab yang dibakar dan dihidang dalam bentuk burger klasik atau gaya hidangan sizzling keistimewaan mereka. Bob’s House on Fire Burger (RM34.90) disajikan bersama Red Sauce bersama cendawan yang ditumis berserta keju, manakala The Dancing Hulk Burger (RM29.90) dikombinasikan dengan Green Salsa dan dipadankan dengan telur mata dan keju untuk rasa yang lebih enak. 

Untuk yang menyukai rasa pedas, boleh mencuba Nice Catch daripada MFM untuk kudapan ringan dengan Hot Binge Cornador (RM9.90) dan Hot Mess Bait Hotador (RM12.90) yang disajikan dengan sos pedas Nice Catch X myBurgerLab. Menjelang September yang akan datang, terdapat dua lagi tambahan hotador pada menu – FrankTastic dan Hen Solo – untuk menambah lagi keterujaan.  

Menu baharu ini adalah gandingan daripada perisa-perisa yang terbaik daripada setiap jenama dan hanya boleh didapati untuk masa yang terhad.  

Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk Revenue Vallley berkata, “Rakyat Malaysia kini lebih terbuka tentang makanan dan sentiasa mencari sesuatu yang baharu untuk dicuba. Dengan kolaborasi mengujakan bersama myBurgerLab ini, kami telah mencipta satu siri produk yang menyelerakan dan menampilkan keistimewaan setiap jenama yang terlibat.” 

“Jenama tempatan myBurgerLab merupakan jenama burger yang berada di puncak dan dikenali dengan idea-idea yang inovatif dan ciptaan burger yang enak. Oleh itu, ia merupakan satu pengalaman yang hebat untuk bekerjasama bersama mereka dalam mencipta burger-burger baharu yang menggiurkan untuk pelanggan kami. Kami mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menjamu makanan yang lazat, sama ada burger, stik ataupun makanan laut segar dan itu akan sentiasa menjadi matlamat kami”, tambah Chan.  

Pengasas bersama dan Pengarah Urusan myBurgerLab, Chin Ren Yi, berkata, “Ia satu penghormatan apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan nama besar industri, Revenue Valley, untuk kolaborasi sebesar ini. Ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kerja keras kami sepanjang 10 tahun, tetapi juga memberikan kami ruang untuk belajar daripada yang lebih berpengalaman. Menggabungkan kedua-dua jenama ini merupakan satu cabaran yang menyeronokkan bersama Revenue Valley.”  

Lawati cawangan The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch daripada MFM hari ini untuk menikmati gabungan menu baharu ini, ianya juga boleh didapati melalui sistem Contactless Ordering serta platform pesanan makanan GrabFood, foodpanda dan ShopeeFood.   

Untuk maklumat lanjut, sila layari  

https://www.manhattanfishmarket.com/malaysia/ 

https://www.tonyromas.com.my 

http://www.nysteakshack.com 

https://order.nicecatch.my 

Nur Farra