Pulang Ke MU, Ronaldo Minta Kelab Tamatkan Kontraknya, Nak Main UCL Musim Depan
Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United pada hari Selasa lepas bersama dengan ejennya Jorge Mendes dan meminta kelab untuk menamatkan kontraknya agar dia bebas untuk menyertai pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara, lapor Daily Mail.
United bagaimanapun memaklumkan bahawa kelab masih kekal dengan keputusan tidak mahu menjualnya dan menegaskan bahawa tiada perubahan dalam pendirian mereka serta tidak menerima sebarang pertanyaan berkenaan pemain tersebut.
Pertemuan tersebut gagal mengubah pendirian Ronaldo untuk berpindah, namun dia menegaskan isu tersebut akan ditangani secara profesional.
Ronaldo kembali ke Carrington pada hari Selasa selepas terlepas semua jelajah pramusim United ke Thailand dan Australia.
Dia menjalani ujian perubatan dan kemudian berlatih pada hari Rabu sebelum menyaksikan rakan sepasukannya dalam perlawanan persahabatan tertutup menentang Wrexham.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu juga berkemungkinan tidak akan terlibat dalam dua perlawanan persahabatan minggu ini menentang Atletico Madrid pada hari Sabtu dan Rayo Vallecano di Old Trafford pada hari Ahad.
Ronaldo telah kembali ke United dengan menaiki Bentley miliknya pada pagi Selasa, dan dilihat bersamanya adalah ejennya Jorge Mendes. Dia juga turut menyertai pengurus Erik Ten Hag, serta Martines dan Eriksen untuk taklimat perjalanan pramusim.
BACA: Disimbah Petrol & Dibakar Depan Anak, Wanita Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa 24 Hari
Sumber: DailyMail