Siakap Keli
Tujuh Murid Tadika Cedera
Gambar via Kosmo

Tujuh Murid Tadika Cedera, Bas Terbabas Masuk Parit

Tujuh murid tadika dilaporkan cedera selepas bas yang mereka naik terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Kelab Golf, Bukit Rotan ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah zoo untuk lawatan pada Khamis, 28 Julai 2022. 

Bas yang membawa 44 penumpang termasuk murid berusia lima tahun dan enam tahun dan juga guru pengiring mengalami kemalangan lebih kurang jam 10.15 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, bus yang datang dari Putrajaya menghala ke sebuah zoo di Kampung Teluk Penyamun itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun. 

“Setibanya di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan dikatakan memasuki laluan bas tersebut.

“Ia menyebabkan pemandu bas segera menekan brek untuk mengelak lalu terbabas memasuki parit di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi petang tadi, lapor Kosmo. 

Walau bagaimanapun, pemandu bas tersebut dilaporkan selamat manakala tujuh murid tadi mengalami kecederaan muka. 

“Semua mangsa cedera akibat tersembam ke kerusi hadapan penumpang bas tersebut.

“Mereka kemudian dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” tambahnya. 

Dalam pada itu, beliau juga berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

BACA: Disimbah Petrol & Dibakar Depan Anak, Wanita Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa 24 Hari

BACA JUGA: Pulang Ke MU, Ronaldo Minta Kelab Tamatkan Kontraknya, Nak Main UCL Musim Depan

Sumber: Kosmo

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.