Wanita Berang Terpaksa Berpindah, Anak Sering Dibuli Jiran
ENGLAND – Seorang kanak-kanak autisme berusia lapan tahun mengalami trauma setelah dicampak ke dalam tong sampah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali hingga menyebabkan keluarganya nekad untuk pindah ke rumah baru, lapor Metro UK.
Suspek, berusia 24 tahun dilaporkan telah mencampak kanak-kanak itu ke dalam tong sampah dan difahamkan membuat tindakan itu sebagai satu bentuk ‘gurauan’ malah turut menyerang abang mangsa yang berusia 19 tahun sehingga mengalami luka di badan.
Ibu mangsa yang merakam serangan itu berkata, keluarga mereka kini sangat ketakutan sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah mereka di Blackburn untuk keselamatan diri mereka.
Berikutan serangan itu, anak sulungnya mengalami luka di bahagian muka dan badannya manakala anak bongsunya pula yang juga merupakan kanak-kanak autisme trauma dengan kejadian itu.
Wanita itu berkata, “amat menyedihkan sekali apabila memikirkan situasi itu terjadi setiap hari kepada anak-anak saya. Kini, kami telah berpindah dan mempunyai jiran yang begitu baik,” katanya.
Dia turut berkata, “saya kecewa kerana kami mempunyai semua bukti akan serangan ini dari kamera yang diletakkan di loceng pintu namun penjenayah itu tidak diberikan hukuman yang setimpal,” katanya lagi.
Wanita itu turut kecewa kerana penyerang itu tidak diberi hukuman yang sewajarnya dengan perbuatannya yang biadap dan berharap akan diberikan hukuman yang berat.
Namun, wanita itu juga ingin meneruskan usaha membina kehidupannya untuk menjadi lebih baik bersama anak-anaknya di kawasan yang baharu dan tenang.
Dia turut memberitahu, “meletakkan anak saya yang berusia lapan tahun ke dalam tong sampah telah mengembalikan semua kenangan buruk yang lalu dan dia juga tidak dapat memahami mengapa seseorang boleh berbuat perkara sedemikian,” ulasnya.
“Anak saya masih mengalami mimpi ngeri dan trauma dengan kejadian itu,” ulasnya lagi.
Wanita itu nekad untuk berpindah ke kawasan yang baharu kerana anak-anaknya trauma dengan kejadian yang dialami apabila diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di mana lelaki itu menganggap serangannya hanyalah sekadar gurauan.
Sumber: Metro UK