Siakap Keli
ibu tunggal belon

Ibu Tunggal Menangis Hiba, Tertangkap & Bakal Dipenjara Kerana Curi Barang Di Pasar Raya

Ibu Tunggal Menangis Hiba, Tertangkap & Dipenjara Kerana Curi Barang Di Pasar Raya

Setiap ibu pasti ingin berikan yang terbaik buat permata hati mereka dan akan sentiasa cuba untuk gembirakan si anak walau dengan apa cara sekalipun demi melihat mereka bahagia.

Sehingga kini, pelbagai kisah yang kita dapat dengar tentang pengorbanan seorang ibu dengan pelbagai cara hingga ada yang tidak mempedulikan kesan buruk yang akan mereka hadapi setelah itu.

Begitulah susuk seorang ibu yang sedia berkorban dari melahirkan hingga mereka dewasa. 

Seperti kisah yang dikongsikan oleh laman Facebook milik iFM CDO, seorang ibu tunggal yang dipercayai mencuri beberapa barang dari kedai runcit dengan tujuan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran anak lelakinya. 

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Mindanao, Filipina.

Menerusi video tersebut, antara barang yang dapat dilihat dicuri oleh ibu ini adalah belon, beberapa paket susu, minyak masak dan beberapa lagi barangan lain. 

Gambar via iFM CDO

Suspek yang ditahan pihak berkuasa itu juga kedengaran seperti menangis dan merayu untuk memaafkannya atas perbuatan yang dia lakukan. 

“Nilai kecurian yang dilakukan oleh suspek adalah melebihi RM48 dan perlu melunaskan hutang tersebut segera. Jika tidak, dia akan disaman oleh pihak berkuasa,” tulis iFM CDO di ruangan kapsyen. 

Berdasarkan perkongsian-perkongsian lain di FB yang sama, ibu tunggal berkenaan dilapor berdepan dengan hukuman penjara di atas perbuatan tersebut.

BACA: Detik Cemas, Skrin Gergasi Jatuh Hempap Kepala Penari Tengah Buat Persembahan

BACA JUGA: Tabung Kilat: Adik Alina Hidap Penyakit Hydrocephalus, Rayu Sumbangan RM5,140 Tampung Kos Rawatan

Sumber: iFM CDO

Faiz Mustafa