Siakap Keli
gula-gula getah
Gambar: WHO

Saintis Dilapor Berjaya Cipta Gula-gula Getah Mampu ‘Perangkap’ Virus Omicron Dalam Air Liur

Saintis Dilapor Berjaya Cipta Gula-gula Getah Mampu ‘Perangkap’ Virus Omicron Dalam Air Liur

Sejenis gula-gula getah yang masih dalam peringkat eksperimen yang didakwa mampu ‘memerangkap’ partikel SARS-CoV-2 di dalam air liur dilapor berjaya dicipta oleh sekumpulan saintis di United Kingdom.

Kajian terbaharu itu menjanjikan cara baharu mengekang penularan varian Omicron dan ia kini pasukan berkenaan bersedia untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia.

Gula-gula getah itu mengandungi salinan protein ACE2 yang terdapat pada permukaan sel, dimana ia diguna oleh coronavirus untuk memecah masuk ke dalam sel dan menjangkitinya. Dalam eksperimen tabung uji menggunakan air liur daripada individu yang dijangkita varian Delta atau Omicron, zarah virus melekat pada ‘reseptor’ ACE2 dalam gula-gula getah tersebut dan beban virus itu jatuh ke tahap yang tidak dapat dikesan, seperti yang dilaporkan di dalam Biomaterials.

Dalam ujian klinikal yang akan dijalankan nanti, pesakit COVID-19 masing-masing akan mengunyah empat tablet gula-gula getah ACE2 setiap hari selama empat hari. Protein ACE2 perangkap viral itu dihasilkan menggunakan sel salad.

Manakala dalam eksperimen kedua yang dibuat di dalam makmal menggunakan gula-gula getah yang dibuat daripada serbuk kacang berbanding sel salad itu bukan sahaja memerangkap zarah SARS-COV-2 tetapi juga strain influenza, virus coronavirus lain yang menyebabkan selesema biasa, dan virus mulut berpotensi yang lain seperti ‘human papillomavirus’ dan ‘herpesvirus’, menurut kertas kajian tersebut.

“Oleh kerana penularan melalui hidung boleh diabaikan jika dibandingkan dengan penularan oral.. mengunyah gula-gula getah ACE2 dan menelan protein ACE2 boleh meminimumkan jangkitan, melindungi pesakit COVID-19 dan mencegah penularan,” kata Ketua Penyelidik, Dr. Henry Daniell dari Sekolah Perubatan Pergigian di Universiti Pennsylvania.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.