Siakap Keli
kisah ume cikin
Gambar: FB Juliza Sarif/Ume Cikin

Tak Dapat Kerja Dalam Bidang, Wanita Kongsi Kisah Ume Cikin, Dari ‘Engineer’ Ke ‘Content Creator’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat kerja dalam bidang jurusan yang diceburi dan diminati, seorang wanita kongsi kisah influencer terkenal Ume Cikin yang dulunya belajar kejuruteraan tapi kini jadi content creator.

Belajar dalam sesuatu bidang yang dipelajari atau diminati tidak semestinya menjamin peluang pekerjaan sepenuhnya selepas menamatkan pengajian.

Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh para anak muda di luar sana terutamanya selepas selesai berjihad di medan pendidikan.

Faktor ekonomi, persaingan kerja dan keluarga juga mempengaruhi pada era yang kian mencabar kini, walaupun kita mempunyai latar belakang yang bercerminkan jurusan yang dipilih.

Tambahan pula, sesetengah syarikat tidak sahaja melihat kepada keputusan cemerlang dalam akademik. Mereka juga berminat untuk menilai kemahiran yang dimiliki oleh seseorang seperti komunikasi yang baik, kemahiran penyuntingan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ia akan memberi nilai ekonomi terhadap diri kita sendiri sekaligus meluaskan keberhasilan dalam peluang pekerjaan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis ‘influencer’ yang cukup terkenal dengan video masak yang kelakar, Ume Cikin. Siapa sangka, beliau sebenarnya seorang graduan lulusan ‘kejuruteraan’, tapi kini jadi ‘content creator’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah Ume Cikin, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Juliza Sarif di Facebook seperti di bawah.

Tak Dapat Kerja Dalam Bidang, Wanita Kongsi Kisah Umi Ciken, Dari ‘Engineer’ Ke ‘Content Creator’

belajar jurusan kejuruteraan
Gambar: Facebook Juliza Sarif

Belajar berlatarbelakangkan kejuruteraan. Tak dapat bekerja dalam bidang akademik beliau.

Jadi content creator, jual Acar Ikan Masin. Jualan beliau sangat meletop.

Ok. Tak perlu belajar tinggi-tinggi takpe. Boleh je survive. Saya senyum.

Alhamdulillah. Beliau berjaya. Beliau masuk kelas. Beliau belajar pasal asas perniagaan. Terma terma. Beliau boleh bertahan dan sabar. Mungkin asbab latihan masa di Universiti. 

Kelas. Assignment. Bentuk fokus. Time frame. Konsep ilmu.

Masuk kelas content creator free je dianjurkan Tuan Khairul Hakimin Muhammad. Dan terus beliau memecut.

Beliau memecut sebab dah ada asas. Asasnya masa di universiti. Bila dia gilap lagi ilmu tambahan untuk kerjaya, dia terus pecut.

Content beliau walau kelakar, namun isinya bagus. Up to date. Berprinsip. Dan, bukan content “murahan”.

Lepas habis SPM, nak sambung belajar macam mana kaedah pun silakan. Pilih yang mana berkenan di hati. Ada fokus. Faham prinsip ilmu dan tujuan mencari ilmu.

Kalau asas itu kabur, graduate dengan CGPA 4.0 pun akan bising susah nak dapat kerja kerana tak mahu cipta kerja. Mungkin tak tahu pun nak cipta kerjaya itu bagaimana.

Come on. Dunia bekerja tak melihat nombor CGPA. Tapi, nilai ilmu yang ada pada diri.

Ada ilmu, kita boleh pilih. Nak cipta kerjaya sendiri, atau nak bekerja dengan orang untuk bina kerjaya. Kedua-duanya baik. Jika kurang ilmu, pilihan lebih terhad. Usah nafikan.

Sumber: Facebook Juliza Sarif

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.