Siakap Keli
Gambar Via Netflix

Dari Kisah Sebenar, “Thai Cave Rescue” Di Netflix 22 September Ini

Dari Kisah Sebenar, “Thai Cave Rescue” Di Netflix 22 September Ini

Siri Netflix berkisarkan tentang misi menyelamat pasukan bola sepak muda Wild Boars Thailand yang telah terperangkap di dalam gua pada tahun 2018 dan akhirnya tarikh pelancaran siri ini telah di umumkan Netflix. Siri yang bertajuk Thai Cave Rescue mempunyai enam episod dan akan mula ditayangkan seluruh dunia pada 22 September.

Difilemkan sepenuhnya di Thailand, rancangan itu menceritakan kisah benar 12 orang pemain bola sepak muda Thailand dan jurulatih mereka yang berusia 25 tahun yang terperangkap dalam kompleks gua bawah tanah yang luas berhampiran sempadan Myanmar.

Kisah ini juga digarap berdasarkan pengalaman kumpulan remaja tersebut, serta pengalaman keluarga mereka dan pasukan global yang membantu untuk menyelamatkan mereka.

Manakala, versi filem Hollywood arahan Ron Howard yang bertajuk Thirteen Live, dibintangi oleh Viggo Mortensen, Colin Farrell dan Joel Edgerton pula mula ditayangkan pada Jumaat ini menjelang pelancaran penstrimannya di Amazon Prime Video pada 5 Ogos.

Dicipta oleh Michael Russel Gunn(Billions, Designated Survivor) dan Dana Ledoux Miller (Designated Survivor Narcos), Thai Cave Rescue diarahkan oleh pengarah hit Thai iaitu Baz Poonpiriya yang pernah mengarahkan Bad Genius bersama pengarah Thai-Amerika Tancharoen. Gunn dan Miller juga berkhidmat sebagai pelakon bersama dan penulis skrip projek.

Kedua-dua pengarah juga dilantik sebagai penerbit ekskutif bersama Jon M. Chu (Crazy Rich Asian) dan Lance Johnson (The Equalizer) untuk Electric Somewhere dan John Penotti untuk SK Global Entertainment. Netflix dan SK Global Entertainment berkerjasama untuk memperoleh hak ke atas cerita pasukan bola sepak tersebut.

Thai Cave Rescue dibarisi pelakon hebat Thai yang diketuai oleh Papangkorn “Beam” Lerkchaleampote sebagai Coach Eak, Thaneth “Ek” Warakulnukroh sebagai gabenor Chiang Rai Narongsak Osottanakorn, dan Urassaya “Yaya” Sperbund dan Manatsanun “Donut” Phanlerdwongsakul sebagai wakil Kelly dan Pim wakil daripada Juurutera Hidraulik yang sebenar dan renjer taman. Supakorn “Tok” Kitsuwan juga menyertai pelakon sebagai bekas penyelam Navy SEAL Saman “Ja Sam” Gunan, manakala Bloom Varin memainkan watak doktor tentera Kolonel Bhak Loharjun.

Netflix berkata pemilihan pelakon bagi watak remaja dipilih daripada penduduk temapatan iaitu Pratya “Tiger” Patong, Songprol “Pangpon” Kantawong, Chakkapat “Junior” Sisat, Thanawut “Bank” Chekutu, Teeraphat “Gun” Somkaew, Thanaphong “Pluerm” Kanthawong, Thanapat “Utha” Phungpumkaew, Aphisit “Fluke” Yookham, Watcharaphol “Kim” Puangsawan, Thapanot “Nam-Ning” Huttapasu, Apisit “Chit” Saengchan dan Rattaphoom “Fluke” Nakeesathide. Penggambaran dijalankan di gua Tham Luang itu sendiri.

Sekumpulan pelakon antarabangsa juga terlibat dalam penggambaran ini, seperti Nicholas Bell sebagai Vern Unsworh, Nicholas Farnell sebagai John Volanthe, Christopher Stollery sebagai Rick Stanton, Rodger Corser sebagai Dr. Richard “Harry” Harris, dan Damon Herriman sebagai Dr. Craig Challen.

Dikhabarkan, satu cameo Elon Musk juga bakal disajikan kepada penonton namun perkara tersebut belum disahkan Netflix.

Sumber: The Hollywood Reporter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka