Kad TnG Hilang Atau “Expired”, Gadis Kongsi Cara Tuntut Baki Dalam Kad
Kad Touch N Go merupakan salah satu perkara yang penting bagi setengah pihak yang menggunakan kemudahan awam. Antaranya untuk membayar tol, tempat meletak kenderaan ataupun membayar tambang.
Selain kad Touch N Go itu sendiri, sistem ini turut tersedia pada kad-kad lain seperti kad pengenalan kita sendiri. Benar, kad pengenalan (IC) kita juga boleh digunakan sebagai Touch N Go dan anda hanya perlu tambah nilai pada IC dan terus boleh digunakan.
Namun, pernah atau tidak anak terfikir untuk menuntut semula baki yang ada pada kad anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak sepatutnya seperti kad hilang, tamat tempoh, dicuri dan sebagainya. Walhal, baki dalam kad anda masih banyak.
Sebenarnya, ada cara untuk anda dapatkan semula baki yang tertinggal dalam kad Touch N Go anda. Meneroka laman Twitter milik Anis Suraya, dia berkongsi cara bagaimana anda boleh menuntut semula baki kad Touch N Go yang telah hilang dan sebagainya.
Ikuti perkongsian dari Anis yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.
Cara tuntut balik duit dalam kad TnG
Kalau kad TnG korang ada yang hilang,rosak atau tamah tempoh, boleh mintak balik tau duit dalam tu. Tak kisah sama ada kad baru ke lama ke IC ke, semua boleh mintak refund.
Mula-mula anda perlu layari website Touch N Go, cari ‘Customer Service’ dan klik ‘eRefund’. Sebelum itu, anda perlu daftar terlebih dahulu di portal Touch ‘n Go , lepastu baru anda boleh tengok dan semak transaksi, e-penyata, kemas kini maklumat dan dapatkan balik duit baki.

Syarat-syarat untuk ‘refund’
Pertama sekali untuk pemegang akaun Malaysia dan pastikan nama pemilik akaun dan ID sama dengan pemilik kad. TnG tidak akan buat pembayaran pada akaun pihak ketiga.
Manakala untuk pemegang akaun asing pula, pembayaran akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT). Anda perlu pastikan pemegang akaun bank, nombor akaun, nama bank, alamat bank dan swift code sama dengan si pemilik kad. Untuk akaun asing hanya boleh ‘refund’ jika baki akaun dalam kad melebihi RM100.
Touch n Go eWallet pula anda perlu pastikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan pada MyTouchnGo sama dengan akaun eWallet. ‘Refund’ hanya untuk akaun eWallet yang telah disahkan sahaja.
Proses ‘refund’
eRefund mengambil masa dalam 30 hari untuk diproses dari tarikh yang anda mohon. Untuk kad yang kena curi atau hilang, jumlah ‘refund’ adalah berdasarkan rekod pada tarikh yang anda mohon.


Jadi, siapa yang belum daftar secara atas talian, jangan lupa daftar dulu. Sebab kalau tak daftar dan kad anda hilang, memang tak boleh refund dah sebab rekod transaksi kad tak ada dalam sistem.
Kalau ada yang baru beli dan belum daftar, daftar terus. Mana tahu jadi apa-apa nanti senang boleh ‘refund’ duit dalam tu.
Sumber: Anis Suraya (Twitter)