Rela Berkaki Ayam, Aksi “Coach Malaysia” Pinjamkan Kasut Dekat Pemain Jamaica Terima Pujian
Sukan Komanwel Birmingham 2020 yang telah membuka tirai pada 28 Julai lalu dengan Malaysia menghantar seramai 105 atlet dalam pelbagai acara sukan. Acara perasmian yang berlangsung dengan gilang gemilang di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr.
Semalam saingan acara badmintom berkumpulan telah bermula. Dengan Malaysia memenangi 5-0 ke atas Jamaica dalam kumpulan D, sekaligus melayakkan Malaysia ke suku akhir.
Dalam keterujaan kemenangan pasukan Malaysia itu terdapat insiden yang telah membuat semua penonton dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pasukan badminton Malaysia.
Satu video yang tular di laman TikTok sewaktu saingan antara pemain perseorangan iaitu Ng Tze Yong dan pemaian Jamaica Samuel Ricketts. Ia susulan kasut pemain Jamaica itu telah terkoyak dan dia kelihatan tidak mempunya sebarang kasut ganti. Keadaan itu membuatkan permainan terhenti seketika.
Kelihatan Ricketts menggunting bahagian yang terkoyak itu dan ianya kelihatan tidak selesa. Kemudian jurulatih Jamaica membawa sepasang kasut lain milik pemain yang lain dan malangnya kasut tersebut tidak sesuai dengan saiz kaki Ricketts.
Yong yang melihat kejadian itu telah bertanya keadaan Rickets kerana dia kelihatan tidak selesa sewaktu memakainya. Yong juga dilihat bertanyakan saiz kasut Ricketts. Dengan tindakan yang pantas jurulatih badminton Malaysia Hendrawan datang memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica itu.
Kasut jurulatih Hendrawan sepadan dengan saiz kaki Ricketts malah jenama kasutnya juga sama dan akhirnya membenarkan permainan untuk diteruskan.
@wanyqt23 Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts🥹 the sportsmanship🤝 the story of kasut terkoyak tapak with happy ending🥰 #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan
Lensa kamera juga sempat merakam kelibat Hendrawan yang hanya berkaki ayam ketika perlawanan disambung semula.
Semangat kesukanan yang ditunjukkan telah membuat video itu tular dan juga ramai yang memuji pemain dan jurulatih dari Malaysia itu.
BACA: Didakwa Rakam & Sebar Video Lucah Anaknya, Remaja Maut Dibelasah Bapa Teman Wanita & Rakan
Sumber: TikTok