Wanita Dicerai Suami Ketika Bersanding, Ibu Mertua Dakwa Dirinya Hodoh & Pendek, Tak Layak Jadi Menantu
Seorang wanita di Tunisia diceraikan oleh suaminya semasa hari persandingan mereka kerana ibu mertuanyan tidak suka dengan penampilan yang dianggap hodoh.
Walau bagaimanapun, wanita malang ini tetap mendapat sokongan ramai di media sosial meskipun perkahwinannya telah dibatalkan.
Memetik Oddity Central, pada minggu lalu, wanita berkenaan berkongsi kisah sedih itu menerusi laman Facebook miliknya bagaimana hari yang sepatutnya dia menjadi wanita bahagia bertukar ngeri.
Difahamkan, dia dan pasangan telah menjalinkan hubungan cinta selama hampir empat tahun dan sepatutnya berkahwin dengan segala persiapan telah dibuat. Mereka juga telah melaburkan banyak wang agar semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang.
Namun, wanita itu sebelum ini tidak pernah bertemu dengan ibu kepada pasangannya sepanjang tempoh perkenalan mereka. Semasa majlis perkahwinan mereka, ibu pengantin lelaki mendekati anaknya lalu meminta dia membatalkan perkahwinan tersebut.
Menurutnya, menantunya memiliki wajah yang hodoh dan bertubuh pendek serta tidak layak untuk dikahwini. Ibu pengantin lelaki juga tidak pernah bertemu wanita itu dan hanya melihat menerusi gambar yang dikongsikan oleh anaknya.
Dalam pada itu, tetamu yang datang turut terkejut dengan tindakan pengantin lelaki yang meninggalkan sahaja pasangannya dan pergi bersama-sama ibunya.
Kisah ini mendapat perhatian ramai dan dia juga menerima banyak sokongan termasuk salah seorang pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Atas dasar kasih sayang dan persaudaraan, dengar cakap saya, teruslah mendongak dan hadap dunia ini sekuat tenaga kamu,” katanya.
BACA: Dua Hilang, Perahu Karam Ketika Lalui Jeram Di Kawasan Pelagus, Kapit
BACA JUGA: Rezeki Terpijak, Wanita Tengah Cari Kayu Api Dalam Hutan Temui Berlian Bernilai RM 111,000
Sumber: Oddity Central