Polis Temui Mayat Dua Beradik Mereput Dalam Sebuah Rumah
SYDNEY, AUSTRALIA – Mayat dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi telah ditemui dalam keadaan reput di sebuah rumah flat pada 7 Jun lalu, lapor Metro UK.
Kedua-duanya yang berusia 24 dan 23 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang terletak di kawasan bandar Canterbury.
Namun, apa yang mengejutkan, kedua-dua mayat mereka dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan yang lalu.
Kehilangan mereka diketahui apabila dua beradik itu gagal membayar sewa rumah mereka dan mengakibatkan pemilik telah membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk melakukan pemeriksaan di rumah.
Ketika pihak polis tiba di situ, mereka terkejut sebaik menemui dua mayat dalam keadaan reput dan disyaki telah meninggal dunia selama lebih kurang sebulan yang lalu.
Menurut laporan, hasil siasatan juga mendapati tiada tanda-tanda berlakunya pencerobohan dan tiada punca kematian masih boleh dikaitkan dengan punca kematian mereka.
The Sydney Morning Herald memberitahu, seorang saksi berkata gadis-gadis itu kelihatan takut akan sesuatu ancaman yang tidak diketahui puncanya.
Selain itu, akhbar Mail Online pula mengeluarkan kenyataan bahawa dua beradik itu sebenarnya berasal dari sebuah keluarga yang terkemuka di Arab Saudi sambil menambah keduanya mempunyai hubungan yang baik dan akrab.
Konsulat Arab Saudi di Sydney pula dilaporkan telah membantu pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kematian tragis dua beradik itu.
Menurut laporan, kedua-dua mereka dilaporkan telah meninggalkan Arab Saudi pada tahun 2017. Jiran-jiran di situ juga menyatakan keduanya amat jarang dilihat di rumah mereka sehingga tiada sesiapa pun yang menyedari sebarang kejadian pelik di kawasan rumah mereka selepas disahkan telah meninggal dunia.
Inspektor detektif Claudia Allcroft berkata, “para detektif berminat untuk bercakap dengan sesiapa sahaja yang mungkin pernah melihat atau yang mungkin mempunyai maklumat tentang pergerakan dua wanita pada hari dan minggu sebelum kematian mereka yang kami percaya berlaku pada awal Mei” katanya.
Siasatan meluas telah dibuat namun, sehingga kini pihak polis masib tidak dapat menentukan punca sebenar yang menyebabkan kematian dua beradik itu.
“Komuniti Burwood adalah komuniti yang kecil dan rapat, dan kami berharap seseorang boleh membantu penyiasat kami, sama ada melalui penampakan atau mereka yang mengenali adik-beradik itu dan mungkin mempunyai beberapa maklumat tentang pergerakan mereka sebelum kematian mereka,” jelas detektif itu lagi.
Polis dikatakan telah merampas sebuah BMW, milik gadis-gadis itu dari luar bangunan pangsapuri untuk membantu siasatan.
Sumber: Metro UK