KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 – AirAsia Malaysia, bersempena Pelan Pemulihan Pelancongan Malaysia 2022 (PRE 2.0), dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan memberikan lebih 23,000 kod promosi Cuti-Cuti Malaysia untuk menggalakkan pelancongan domestik bernilai RM50 setiap satu. Ini merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia.
Mulai sekarang hingga 7 Ogos 2022, rakyat Malaysia yang layak akan dapat menebus kod promosi mereka dengan mengikuti langkah mudah berikut:
-
Kemas kini butiran MyKad anda dalam akaun ahli airasia di laman web AirAsia.
-
Kod promosi akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya melalui alamat e-mel keahlian airasia mereka sebelum 8 Ogos 2022, berdasarkan siapa cepat dia dapat.
-
Masukkan kod promosi dan tempah tiket penerbangan domestik anda melalui laman web AirAsia atau airasia Super App dari 8 Ogos hingga 21 Ogos 2022. Tempoh perjalanan bermula dari 8 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2022.