Siakap Keli
silo runtuh di beirut
Gambar: The Guardian

Terbakar Sejak Berminggu-minggu, Silo Di Beirut Runtuh Beberapa Hari Sebelum ‘Ulang Tahun’ Tragedi Letupan 2020

Sebuah silo iaitu tangki simpanan makanan di pelabuhan Beirut akhirnya runtuh sebahagian pada Ahad semalam selepas terbakar sejak berminggu-minggu lalu, lapor The Guardian.

Difahamkan, runtuhan sebahagian silo tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum bangunan tua berusia 50 tahun itu menyambut ‘ulang tahun’ tragedi letupan Beirut yang berlaku dua tahun lalu.

Menurut The Guardian, kebakaran pada bangunan setinggi 48 meter itu berpunca akibat bijirin yang telah ditapai dan dibakar pada musim panas.

Laporan daripada koresponden AFP memaklumkan, kepulan debu asap besar berterbangan meliputi kawasan pelabuhan sejurus runtuhan itu berlaku.

“Dua menara sudah runtuh setakat ini, manakala dua lagi (menara) dalam ancaman bahaya untuk runtuh bila-bila masa,” maklum Menteri Kerja Awam Lubnan, Ali Hamieh kepada AFP.

Pada Julai lepas, anggota bomba dengan bantuan tentera gagal memadam kebakaran tersebut yang berlaku yang utara blok, disebabkan penapaian bijirin yang mengakibatkan api terus marak sehingga bau merebak ke bandar berhampiran.

Gambar: AFP

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan, pihaknya mengeluarkan arahan pada minggu lalu kepada penduduk berhampiran pelabuhan berkenaan supaya kekal berada di dalam rumah dengan ruang pengudaraan yang baik.

Sementara itu, seorang jurutera awam Perancis berkata, blok utara silo berkenaan telah terhuyung-hayang sejak tragedi letupan Beirut 2020. Kebakaran itu mendorong struktur bangunan tersebut runtuh.

Bagaimanapun sehingga kini, jumlah mangsa yang tercedera dalam runtuhan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, menurut The Guardian.

Sebelum ini pada April lalu, kerajaan tempatan berhasrat untuk merobohkan silo tersebut atas faktor keselamatan.

Namun langkah itu tergantung selepas mendapat bantahan daripada ahli keluarga dan saudara-mara mangsa letupan yang mahu lokasi itu dipelihara sebagai tapak peringatan.

Keratan laporan terdahulu

Seorang individu awam, Cecile Roukoz yang kehilangan abangnya dalam peristiwa letupan itu berkata kepada AFP, “Saya menangis bila dapat tahu mereka terperangkap di bawah runtuhan (akibat letupan).

“Kami mahu sebahagiannya dikekalkan sebagai ‘saksi’ jenayah, sebagai peringatan kepada bandar (yang terjejas) dan kenangan bagi mereka yang hilang ‘kehidupan’ tanpa sebab,” luahnya.

Terdahulu, bangunan berusia 50 tahun yang mampu menampung lebih daripada 100,000 tan bijirin itu terselamat daripada satu letupan besar yang berlaku di pelabuhan Beirut dua tahun lalu.

Letupan yang berlaku di bahagian barat Beirut itu telah membunuh lebih 200 mangsa dan mencederakan lebih 7,000 orang serta seluruh kawasan berdekatan musnah.

Keratan laporan terdahulu

Sumber: AFP /  The Guardian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.