Siakap Keli
Kredit: Tickers

Cacar Monyet: Bandar New York Isytihar Darurat Kesihatan Awam

Terdapat krisis kesihatan terbaharu di bandar New York, wabak cacar monyet telah diisytiharkan sebagai darurat oleh Datuk Bandar, Eric Adams.

Seolah-olah seperti waktu awal penyebaran wabak COVID-19, pegawai mengatakan Big Apple adalah pusat wabak global. Hal ini disebabkan mereka tergesa-gesa ketika membendung virus itu.

Jabatan kesihatan di bandar New York telah mengisytiharkan wabak ini sebagai satu darurat kesihatan awam.

Datuk Bandar, Eric Adams dan ketua jabatan kesihatan bandar itu telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari Sabtu lepas. Dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa bandar New York adalah “pusat” wabak itu dan kira-kira 150,000 penduduk kini berisiko untuk dijangkiti wabak tersebut.

Pengisytiharan itu telah berkuat kuasa serta-merta. Ia telah memberikan kebenaran kepada jabatan kesihatan untuk mengeluarkan perintah kecemasan di bawah Kod Kesihatan Bandar New York.

Pengisytiharan Bandar New York dibuat sehari selepas gabenor negeri tersebut mengisytiharkan cacar monyet sebagai Darurat Bencana Negeri.

Gabenor, Kathy Hochul mengatakan menerusi ciapannya di Twitter, perintah eksekutif itu akan membolehkan kita  bertindak balas dengan lebih cepat dan membolehkan langkah tambahan diambil untuk mendapatkan lebih ramai orang divaksinasi.

Sehingga akhir minggu lalu, laman web jabatan kesihatan New York telah mengesan 1,383 kes yang disahkan di negeri itu dan jumlahnya semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Sumber: Ticker

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.