Siakap Keli

HOKA Menjemput Seluruh Dunia Untuk Terbang Bersama-sama Dengan Kempen Global Pertama Mereka, FLY HUMAN FLY

Kuala Lumpur, 01 OGOS 2022HOKA®, satu bahagian Deckers Brands (NYSE: DECK), melancarkan platform jenama global baharunya iaitu FLY HUMAN FLY. Kempen pemasaran bersepadu global yang meluas telah dilancarkan sempena pengenalan ini dimana HOKA menjemput para pelari di Malaysia untuk menikmati kegembiraan, keyakinan dan kemungkinan tanpa had. FLY HUMAN FLY akan bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan rakyat Malaysia bertemu HOKA di garisan permulaan untuk bersama-sama terbang tinggi ke tahap yang baharu. Kempen ini akan diperkuatkan secara global merentas media milik, platform digital dan out-of-home.

Kempen FLY HUMAN FLY memperkenalkan Pursuit, sebuah filem khas hasil HOKA. Tayangan 60 saat ini bertujuan untuk menyampaikan kepercayaan HOKA terhadap kuasa di sebalik pergerakan, iaitu aktiviti berlari. Didorong oleh HOKA, Pursuit menampilkan wira yang memasuki dunia ajaib yang dipenuhi dengan kegembiraan, keyakinan dan kemungkinan luar biasa. Dengan kisah jenama, produk dan manusia, pendekatan strategik dan pelaburan pemasaran HOKA akan memenuhi kehendak pengguna pada setiap langkah dalam perjalanan mereka.

“HOKA telah diperjuangkan oleh komuniti atlet ketahanan yang kuat sejak awal lagi. Apabila pengguna mencuba produk HOKA, mereka jatuh cinta dengan inovasi produk kami yang memberikan pengalaman yang selesa dan kepantasan bertaraf dunia. HOKA berkembang ke tahap semasa terutamanya daripada hasil buah mulut peminat kami,” kata Norma Delaney, Naib Presiden Pemasaran Jenama Global di HOKA.

“Mereka yang mengenali kami, adalah peminat seumur hidup. Kempen global FLY HUMAN FLY adalah jemputan untuk mereka di mana-mana untuk menikmati HOKA dan terbang ke dunia yang dipenuhi peluang baharu,” tambah Norma.

HOKA membezakan dirinya di pasaran sebagai jenama prestasi yang mengutamakan manusia, yang dibuktikan dengan platform penceritaannya “Humans of HOKA.” Melalui penyampaian kisah manusia, HOKA berkongsi nilai teras dan DNA jenama serta meraikan hati, jiwa dan kuasa kemanusiaan untuk mengubah dunia. HOKA akan menceritakan kisah-kisah luar biasa ini tentang atlet dari semua peringkat dan keupayaan melalui video, blog dan saluran utama jenama. Di Malaysia, artis tempatan yang berbakat, Edward Wong, dipilih secara eksklusif untuk mengambil bahagian dalam “Humans of HOKA” untuk memberi penerangan tentang perjalanan peribadi dan cabaran yang dihadapi beliau sebagai seorang yang pekak, dimana beliau tabah dan kekal berusaha untuk mengatasi dugaan yang melanda. FLY HUMAN FLY akan terus menyampaikan kisah-kisah yang menginspirasikan yang sejajar dengan DNA dan nilai teras jenama.

Bertepatan dengan pelancaran FLY HUMAN FLY, HOKA memperkenalkan Mach 5, lelaran seterusnya bagi francais Mach yang ikonik. Mach 5 menawarkan kasut larian yang dipacu prestasi. Dengan keseimbangan sempurna antara kelajuan dan keselesaan, Mach 5 memberi tenaga kepada pelari untuk mengejar apa yang diingini, daripada rekod peribadi perlumbaan kepada nikmat kebebasan pacuan pantas.

Selain itu, HOKA juga memperkenalkan salah satu kasut paling lasak mereka iaitu Bondi 8. Kasut inovatif yang berkusyen ini direka bentuk dengan busa tapak yang lebih lembut dan lebih ringan dengan geometri tumit lanjutan yang serba baharu. Kesan mengepul pada crash pad di bahagian belakang kasut dapat menghasilkan peralihan tumit ke kaki yang lebih lancar untuk pengalaman berlari yang lebih selesa. Dengan gabungan kelembutan dan kelenturannya, Bondi 8 adalah kasut yang sempurna untuk semua peringkat pelari.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi kedudukan jenama HOKA sebagai perintis dalam kategori prestasi dan pelancaran ini akan dilengkapkan dengan kempen pemasaran sampingan. 

Untuk maklumat lanjut tentang HOKA, FLY HUMAN FLY, sila layari HOKA.com. 

Untuk semua produk HOKA di Malaysia, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Running Lab yang terletak di: 

  • Running Lab Pavilion, Lot 5.102.02, Level 5, Pavilion Elite
  • Running Lab The Gardens Mall, Lot No. T-227, 3rd Floor, The Gardens Mall

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.