Siakap Keli
curi phone untuk kekasih
Gambar: India Times

Lelaki Pecah Masuk Kedai & Menyorok Semalaman Curi 7 ‘Phone’ Mahal Untuk Kekasih, Kantoi Dengan Polis

Gara-gara mahu buatkan kekasih hati kagum, seorang lelaki sanggup pecah masuk kedai alat telekomunikasi curi tujuh ‘phone’, lapor India Times.

Setiap orang pasti pernah jatuh cinta dan sanggup melalukan apa sahaja demi mendapatkan pujian daripada ‘si pencuri hati’, kononnya dialah hero yang berani, caring lagi bijaksana.

Namun dalam kes ini, lelaki yang kononnya mahu nampak caring  sudah tersilap langkah apabila tindakannya yang menyorok dalam kedai orang semata-mata mahu curi phone untuk kekasih terbongkar.

Menurut India Times, seorang lelaki berusia 27 tahun telah menyelinap masuk ke dalam sebuah kedai peranti elektronik dan bersembunyi di dalam tandas wanita sepanjang malam, semata-mata mahu curi telefon pintar untuk dihadiahkan kepada kekasihnya.

Kejadian yang berlaku di J.P Naga, Bengaluru itu ‘bermula’ apabila pekerja mahu menutup premis namun dalam masa sama, mereka tidak mengetahui terdapat seseorang di dalam kedai ketika itu.

Menurut sumber polis, tertuduh pada awalnya berkenalan dengan seorang gadis dari Mangaluru melalui aplikasi Instagram yang akhirnya menjadi kekasih hatinya.

Lalu demi untuk membuktikan rasa cintanya, lelaki itu mahu menarik perhatian gadis tersebut dengan memberikannya hadiah mahal berupa telefon pintar – namun malangnya, telefon curi.

Gambar hiasan | Kredit: Kenyans via Google

Sembunyi sepanjang malam, curi phone untuk kekasih

“Mengikut perancangannya pada Rabu, tertuduh memasuki kedai peranti berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan sebelum bertindak menyembunyikan diri di dalam tandas wanita.

“Selepas kedai tersebut tutup dan semua kakitangan kedai pulang, tertuduh mula mengambil tujuh telefon pintar mahal dan kembali semula ke bilik air,” jelas pihak polis.

Keesokannya, semasa kedai dibuka kembali dan pekerja sedang sibuk bertugas, dia ketika itu berjalan keluar menuju ke lif dengan lancar dan bersahaja.

Bagaimanapun, malang bagi lelaki berkenaan apabila salah satu telefon yang dicurinya itu terjatuh sewaktu berjalan keluar dan kemudiannya ditemui oleh pekerja kedai.

Kejadian itu terbongkar selepas pekerja kedai berkenaan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati lelaki itu keluar dari tandas dan mengambil telefon.

‘Kantoi’ dengan polis

Sementara itu, tertuduh yang berasa ‘bangga’ dapat bawa keluar telefon-telefon yang dicurinya sempat menghadiahkan salah satu peranti itu kepada teman wanitanya, manakala baki lagi lima menjadi simpanannya.

Namun lelaki itu mungkin tidak sedar bahawa salah satu daripada tujuh telefon itu sudah pun tercicir di kedai dan menjadi bukti kes sehinggalah dirinya dapat dihidu pihak polis.

Akhirnya, ‘hero malang’ terbabit berjaya ditangkap oleh pihak polis melalui nombor IMEI selepas dia mula menggunakan salah satu nombor telefon bimbit yang dicuri.

Menurut pihak polis, tertuduh yang berasal dari Purnea di Bihar itu merupakan seorang pekerja sebuah premis restoran. Dianggarkan kesemua telefon yang dicuri bernilai kira-kira RM28,350.

Sehubungan itu, tertuduh telah disabitkan atas kesalahan mencuri dan kesemua telefon yang dicuri berjaya dirampas semula.

Sumber: India Times

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.