Siakap Keli
Pemimpin Al Qaeda
Gambar via BBC

Pemimpin Utama Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri Dilapor Terkorban Dalam Serangan Dron Amerika

Pemimpin Utama Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri Dilapor Terkorban Dalam Serangan Dron Amerika

Pemimpin utama al-Qaeda Ayman al-Zawahiri, dilapor maut dalam serangan udara yang dilancarkan menggunakan dron oleh Amerika syarikat dalam satu operasi di Afghanistan, lapor Presiden Joe Biden dalam ucapannya pada Isnin dari Rumah Putih. 

Zawahiri yang baru berusia 71 tahun dipercayai mengetuai kumpulan itu selama 11 tahun selepas menggantikan Osame Bin Laden yang turut dibunuh dalam satu operasi sulit oleh Navy SEAL Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Dia juga sebelum ini diketahui merupakan seorang doktor peribadi kepada Osama. 

Zawahiri dilapor bersembunyi di sebuah rumah ‘selamat’ di Kabul dan terbunuh dalam serangan udara yang menggunakan dua peluru berpandu Hellfire. Serangan itu berlaku sekitar jam 9.48 malam waktu tempatan. 

Sabtu lalu, ET telah memberikan kuasa penuh pada Joe Biden selepas melaksanakan mesyuarat bersama kabinet dan penasihat utamanya. Tiada kakitangan Amerika yang berada di Kabul ketika serangan itu. 

Tokoh kanan Taliban, Haqqani sedar akan kehadiran Zawahiri di kawasan itu, namun mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri selepas serangan itu dengan menyekat akses ke ‘rumah selamat’.

Joe Biden yang sedang berada dalam tempoh kuarantin akibat positif Covid-19 mendakwa, Zawahiri merupakan dalang yang bertanggung jawab terhadap serangan yang menyebabkan kematian 2,977 rakyat di Amerika. 

“Saya membenarkan serangan tepat itu untuk menyingkirkannya dari medan perang,” jelasnya, lapor CNN. 

Menurut jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid berkata, serangan udara itu dilakukan ke atas sebuah rumah kediaman di kawasan Sherpur di bandar Kabul pada 31 Julai lalu, jelasnya menerusi laman Twitter. 

Difahamkan lagi, kejadian itu pada awalnya tidak begitu jelas, namun pihak perkhidmatan keselamatan Emirat Islam telah menyiasat perkara tersebut dan siasatan awal mendapati bahawa serangan itu dilakukan oleh dron milik Amerika, tweet Mujahid sebelum CNN menerima laporan kematian Zawahiri.

Mujahid berkata lagi, Emirat Islam Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pihak Amerika kerana menyifatkan ia melanggar prinsip antarabangsa dan perjanjian Doha.

Menurut CNN, serangan terhadap Zawahiri itu berlaku setahun selepas pihak tentera AS mengundurkan diri dari Afghanistan dan Taliban mengambil alih semula negara itu. 

Sumber: CNN

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.