Siakap Keli
reban ayam terbakar
Gambar: Ferri Amiril Mukminin via Tribun Jabar

Penternak ‘Putih Mata’ Reban Terbakar, 19,000 Anak Ayam ‘Hangus’

Seorang perternak terpaksa berputih mata apabila reban ayam diusahakannya selama ini terbakar, sekaligus melenyapkan kesemua 19,000 ekor anak ayam diternaknya.

Sebanyak 19,000 ekor anak ayam hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di kawasan penternakan milik seorang penduduk kampung di Jawa Tengah, lapor TribunJabar.Id.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada 31 Julai lalu sekitar jam 5.20 pagi waktu tempatan di Kampung Cikujang RT 02/08, Desa Batulawan dalam wilayah Cipanas di Cianjur.

Menurut laporan, punca kebakaran reban ayam itu dipercayai akibat daripada alat pemanas ruangan yang menyambar gas LPG sehingga terbakar.

Difahamkan, kebakaran tersebut merebak dengan pantas berikutan struktur reban itu sendiri yang diperbuat daripada bahan-bahan yang dipercayai mudah terbakar.

Ekoran itu, pemilik reban berkenaan terpaksa berputih mata menanggung kerugian bernilai kira-kira hampir RM360,000 ekoran keseluruhan ayam dan kawasan reban musnah dalam kebakaran tersebut.

Gambar: Ferri Amiril Mukminin via Tribun Jabar

Sementara itu, Ketua Kampung Batulawang, Nanang Rohendi, menjelaskan bahawa dia mendapat maklumat mengenai kebakaran tersebut daripada penduduk kampung sekitar jam 5.30 pagi hari kejadian.

“Saya mendapat tahu daripada penduduk bahawa salah satu reban ayam berserta haiwan tersebut terbakar. Kejadian tersebut terjadi sekitar jam 5.20 pagi dan 10 minit kemudian saya mengetahui perkara itu,” ujar Nanang.

Menurutnya, reban ayam milik seorang penduduk bernama Nana tersebut berukuran 15 x 60 meter.

Tambah Nanang, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, namun malangnya sebanyak 19,000 anak ayam habis terbakar ‘begitu saja’ dimakan api.

Jelasnya, pemilik berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM208,211 bagi kos reban,

Jelasnya, pemilik berkenaan mengalami kerugian kos reban yang hangus musnah bernilai RM208,211, manakala kerugian bagi haiwan ternakan dan peralatan pemanas pula bernilai RM 149,839.

Sumber: TribunJabar.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.