Siakap Keli
Kredit: Twitter

Wanita Maut Jatuh Dari Buaian Gantung Setinggi 30 Kaki, Disyaki Bunuh Diri

Seorang wanita dilapor jatuh dari buaian gantung berketinggian 30 kaki dan dijumpai maut di kawasan pengunjung (bawah), lapor Metro.UK

Mangsa yang dipercayai dalam lingkungan umur 20-an pada awalnya menaiki buaian gantung berkenaan yang terletak di pusat rekreasi outdoor Anakeesta di Gatlinburg, Tennessee di US.

Bagaimanapun menurut salah seorang anggota keselamatan bertugas, Seth Butler, saksi-saksi mengatakan bahawa mangsa ‘melompat dari buaian’ sebelum terjatuh ke bawah sekitar 7.30 malam hari kejadian.

Walaupun insiden tersebut berlaku, namun difahamkan buaian gantung tersebut masih beroperasi untuk mengeluarkan kesemua penunggangnya.

Mencari punca insiden

Semasa siasatan dijalankan, pihak polis mengesyaki bahawa wanita itu dipercayai mungkin membunuh dirinya sendiri.

Wakil Jabatan Tenaga Kerja dan Pembangunan Tennessee, Chris Cannon berkata, pihaknya akan menjalankan proses pemeriksaan bagi mengesan masalah teknikal yang mungkin menjadi punca insiden.

“Kami meratapi kehilangan nyawa yang tragis ini. Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap ahli keluarga si mati,” katanya.

Difahamkan, kerja-kerja pemeriksaan teknikal tersebut mungkin mengambil masa sehingga dua bulan lamanya.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Sementara itu, permit buaian berkenaan dikatakan akan luput pada 4 Ogos ini dan kali terakhir ia diperiksa adalah pada 21 April lalu.

Imbas kembali, kejadian hampir serupa melibatkan insiden jatuh dari buaian gantung pernah berlaku di Colorado kira-kira lima tahun yang lalu melibatkan seorang ibu dan dua anak perempuannya.

Menurut laporan, mangsa, seorang ibu dan dua anak perempuannya terjatuh dari sebuah buaian gantung di sebuah pusat peranginan ski di Colorado pada Januari 2017.

Ketiga-tiganya difahamkan terjatuh kira-kira 23 kaki ke dalam salji di bawah mereka.

Mangsa utama iaitu si ibu, Kelly Huber, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya masing-masing berusia sembilan dan 12 tahun dikejarkan ke hospital.

Menurut sumber pegawai keselamatan, dakwanya bar keselamatan pada buaian gantung tersebut tidak diturunkan semasa perjalanan.

Sumber: Metro. UK

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.